Perjuangan MERDEKA versi kini

6:25 PM 0 Comments A+ a-

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Perkataan dia atas diulangi  sebanyak tiga kali setiap kali jam menunjukkan 12 malam pada 31.sekali fikir dah macam ritual. sampai ianya dah jadi suatu kebiasaan dan bukan apa-apa yang sangat berbeza. Sampai ada yang dah malas dah nak fikir. bosan katanya. sama je  setiap tahun.

Bila Merdeka, semua pakat berkumpul ramai2, selalunya kat dataran Merdeka, buat sambutan warna-warni , melambangkan bangsa-bangsa yang ada di Malaysia. Kita memang bahagia dan bangga tapi kadang-kadang hanya untuk satu hari sahaja. Kesan sambutan selebihnya lebih terkesan pada pelancong. biasakan dengar kat berita pelancong cakap

" Malaysia is a beautiful country! I love the culture, food... etc... etc... " 

then waktu tu kita pun agak kembanglah orang puji negara sendiri. o.klah, bagus jugak bila ada yang buat kita ingat tentang betapa beruntungnya kita. tapi orang yang mengalami paranoid disorder akan cakap

" Pelancong memanglah cakap camtu, cer tinggal kat sini, baru tahu bertapa teruknya negara ni"

Orang macam ni memang lah pnat nak layan, sebab hatinya ngan otaknya tu asyik fikir negatif je. menurut ahli psikology , ianya adalah sakit mental kategori personaliti. Jadi saya doa agar orang-orang macam ni cepat sembuh. supaya diorang dapat tgok dunia ni sebenarnya indah dan tak seburuk yang disangkakan. supaya sembuh dari sakit mental yang meletihkan ini..Amin ^_^ (adoi melalut sudah)

Bila merdeka, semua berebut nak bagi definisi sendiri . Dan kebanyakan  definisi adalah berdasarkan profession sendiri. dan tak salah, semua betul. ( saya bukan ahli bahasa, jadi saya tak pakar bahagian ni). Tapi macam mana sebenarnya nak tgok yang kita benar-benar Merdeka?

Merdeka versi orang terdahulu adalah lepaskan negara ini dari jajahan orang lain. Merdeka versi kita seharusnya dapat terus bertahan dengan kemerdekaan dan ada sifat patriotik dalam diri. Siapa lagi susah? dulu atau kini?

Pada pendapat saya adalah kini lagi susah daripada  dulu. Dulu, semua orang semangat bekobar-kobar untuk dapatkan kemerdekaan. Tak payah paksa, semua suka rela je nak beri sumbangan kepada negara.

Sekarang? Dipaksa, disogok pun belum tentu kita nak beri sumbangan kepada negara. Ramai yang keliru semangat patriotik dengan politik. Peliklah.

Mana taknya, lahir-lahir tak diajar tentang semangat patriotik  ni tapi diajar tentang politik. Kebanyakan keluarga pun macam ni.  Jadi ramai yang keliru. apa itu semangat patriotik ? apa itu semangat politik? Macam mana kita tak suka pada pemerintah pun, kita tak patut burukan imej negara ni, buktikan aja pada pilihan raya. Bukankah  lebih berkesan?

Saya pernah pergi ke Festival Korea  dekat UITM.  memang nampak best, ada Hanbok, makanan dan permainan , semua tentang Korea ada kat situ. saya cuba semuanya. Tapi yang dalam fikiran saya adalah kan bagus kalau orang-orang luar berebut nak pakai baju kurung, baju melayu , baju cheongsam, sari style Malaysia (hey , not gangnam Style), nak makan nasi lemak atau apa je, nak main permainan kita dulu  macam konda kondi, selipa tiga dan sebagainya. Dan saya yakin , anak-anak kecil sekarang dah tak tahu main semua ni. kecuali kat kawasan kampung-kampung.

Saya minat dengan music Korea mungkin pengaruh sekolah cina dulu tapi sebenarnya saya kagum dengan cara mereka membawa Hallyu. sampai semua lentok. semua nak buat macam tu. semua nak pakai macam tu. semua nak menari macam tu. sebenarnya negara mereka pandai. saya dah kaji sikit tentang Hallyu. Sifat ingin tahu saya sangat besar kan? sebenarnya ianya adalah rancangan kerajaan mereka.

waktu Korea selatan tengah mengalami masalah ekonomi. Kerajaannya merancang untuk jual sesuatu yang menguntungkan secara senyap  iaitu BUDAYA! katanya budaya yang dijual dapat memberi pulangan yang sangat besar. Contoh, orang nak blajar bahasa mereka, orang nak beli makanan mereka, orang nak pakai barangan jenama mereka, dan sebagainya. Handphone Samsung yang ada dalam setiap drama Korea sebenarnya adalah salah satu cara nak promote ( ramai yang terpengaruh termasuk saya) . Sedangkan selebriti mereka guna Apple atau Blackberry.  Dan rancangan ni dah dilakukan dah lama dah dan sekarang hasilnya sampai ke eropah pun. Siapa tak tahu gangnam style ? gangnam tu nama tempat. kan bagus semua orang tahu style salah satu negeri dalam negara ni. Kerajaan mereka mahu semua orang membawa nama negara mereka, Motif jadi penyanyi , untuk bawa nama negara, Motif jadi atlit? harumkan nama negara. Motif jadi Doktor? berkhidmat untuk rakyat  Korea dan sebagainya.

 Jadi? kita salahkan remaja kita terpengaruh dengan budaya luar. Dan dengan semangat bercakap yang minda mereka dijajah tapi apa yang kita cuba buat? cuma berkokok sini sana tapi apa pun tak ada hasil kan?

Dan sedikit sebanyak saya pun berharap negara kita cuba jual BUDAYA kita. kenapa filem kita sangat-sangat ikut cara Barat? kalau musin hindustan, ala-ala hindustan, sekarang Hallyu, perlulah buat pengambaran di Korea je?

Berapa banyak filem yang tunjuk konsep 1 Malaysia? tak kan? filem melayu, mana ada sangat cina dan India? kalau Filem/Drama Tamil dan Cina Malaysia pun tak ada orang melayu  kan? Memang kita sebenarnya sentiasa menghantar mesej yang salah. Kita sibuk salahkan orang luar yang datang tapi knapa kita tak cuba sebarkan budaya kita?kenapa tak cuba selamatkan?

Setiap orang ada peranan masing-masing , tak kisahlah siapa pun kita, kita tetap dapat beri sumbangan pada negara ni. Seorang cikgu boleh mendidik dengan mengajar subjek sejarah dan bukan subjek politik. Seorang   ahli media boleh menulis atau boleh buat filem mengenai negara. Seorang penyanyi boleh menyanyikan lagu bersifat semangat  kebangsaan bukan  waktu merdeka je. Yang lain kalian boleh fikirkan sendiri. Pasti ada.

 Hakikatnya, permandangan yang sangat indah yang saya dapat lihat tentang semangat ke MALAYSIA an adalah sewaktu Dato' Lee Chong Wei berentap  untuk merangkul emas pada  olimpik lepas. Majoriti rakyat Malaysia bersatu, tak kira di mana pun, menyokong Dato'. sampai trending dekat Twitter.

 Bila Dato' tak berjaya memenangi pingat emas dan meminta maaf dekat twitter, semua pakat memujuk dan menyambutnya pulang dengan hati yang terbuka. waktu tu  nampak sangat 1Malaysia walaupun ada orang paranoid yang mempertikaikan sambutan itu  sebab dia kalah bukan menang.

Semangat patriotik itu ada dalam diri kita. Tipulah tak ada. Tapi  kita tak sedar dan tak tahu macam mana nak tunjukkan. cuba kalau negara luar kutuk negara kita. contoh Indonesia. Dengan cepat kita respon dan marah kan?  tulah, kita ni sweet-sweet. Cakap tak suka, tapi kalau ada yang sentuh dan kutuk negara, kita melenting. Sama macam masa Lin Dan lawan Chong Wei. Tapi tak kan semangat tu hanya nak keluar masa diserang je kan?

meh dengar apa legend kita cakap. Yang ni berkaitan dengan muzik , dan apa yang arwahyarham Tan Sri P.Ramlee memang berlaku sekarang.  dan saya salah seorang yang terkena. hahahaha.minat muzik luar takpe tapi jangan lagu sendiri pun tak nak dengar.. ( boleh aplikasikan pada benda lain jgak. think creatively )





 Jadi nak tak nak, mari kita sama-sama cuba kembalikan budaya kita yang semakin hilang. buat apa jerit MERDEKA tapi nak pakai baju kurung, baju melayu dan apa2 baju kebangsaan  pun rasa kampung, nak makan nasi lemak, roti canai pun tak ada standart kan? nak guna bahasa melayu pun tak pandai ?  tengok bangsa-bangsa  lain yang ada dalam negara ni pun pelik semacam je? macam musuh je?

Jangan dok puji negara lain kalau hanya pergi untuk seminggu dua. Orang berkahwin pun manis je kalau seminggu dua. Cuba duduk sana 5 tahun dulu, baru compare kan dengan negara ini.  Dan lagi satu, kerajaan negara luar pun tak ingin kita jadi rakyat mereka.  jadi nak dok puji melambung sangat. kata mereka jauh lebih baik dari kita. Jangan percaya Media. ianya PROPAGANDA.  Saya anak Media dan  kami diajar untuk beritahu perkara benar yang menyebelahi pihak kami. jadi kalau dok tengok kat TV ke kat mana2 ke tunjuk negara lain tu macam aman je, macam tak ada jenayah ke,  macam yang share2 kat facebook tu , sebenarnya jangan percaya seratus peratus. setakat photoshop and buat berita, sebenarnya senang je..  n plus media kerajaan dan media pembangkang, sama je, tak ada 100% benar. Jadi jangan jadi hamba pada apa yang dirancang.termasuklah yang Hallyu tu jugak. Fokuskan pada sumbangan anda pada negara mengikut kebolehan dan bidang anda. Dan sentiasa doakan kesejahteraannya. Sebenarnya ianya lebih berharga, untuk bakal cucu-cucu kita jugak.  ^_^











Dan jangan birakan pengorbanan mereka di bawah  ni sia-sia akibat media seperti gambar diatas.. =)






Shopping Raya- dari alamanda ke Jalan TAR

11:57 AM 0 Comments A+ a-

O.k, entry pasal raya plak. Kan raya dah nak dekat dan memang dah jadi satu kemestian (kewajipan agaknya pun) untuk semua orang untuk shopping raya. Ada yang beli pakaian baru, ada yang beli langsir baru, ada juga yang beli perabut baru bagai.. semuanya sebab nak sambut syawal.

Jadi sebagai seorang manusia yang normal, saya pun mempunyai keinginan untuk beli pakaian raya.  jadi, sebelum buat apa-apa kne plan.. kalau tak terboros nanti susah.

o.k, inilah plannya

Embedded image permalink
(Maaf, gambar di atas cumalah lukisan saya semata-mata, jadi tak yah kritik, bukannya nama saya Leonardo Davinci pun..and tulisan tu, saya punya Font, anda ada?  haha)


1)Alamanda, Putrajaya. 6 Ogos.


o.klah, jadi dengan bangganya hari pertama ikut parents. o.klah, sebab ada parents so buat muka comellah kalau jumpa yang berkenan. Jadi tempat shoppingnya adalah

(gambar hak milik sesiapa la yang post kat internet. Tak kuasa den nak tangkap gambar ni aih!haha)

Dekat Alamanda, manusianya takla seramai time orang nak bagi Baskin Robin percuma tu. (tak pergi tapi tgok on9, nampaknya ramai patah hati sebab tak dapat makan eskrim Baskin Robin  jadi saya dok umah makan eskim Malaysia jelah.. he..)  O.klah, sale nya sama je setiap tahun. Tempat wajib pergi ialah Padini, sampai pernah ada sama baju dengan student UKM... rasanyer lecture pun ada corak sama ngan kemeja saya. .. tapi lecture lelaki lah. nasib baik tak pernah terpakai hari sama. karang tak pasal orang ingat kemeja kapel plak. Habislah...

Hari pertama dapatla beli baju kemeja. Sebab banyak teman adik je jadi tak ada lah beli sangat. Takpe, raya masih jauh. Jadi  tidak ada apa-apa  yang luar biasa berlaku pada hari tu. Cuma waktu berbuka tak ada  tempat duduk. Biasa je kan? Tak payahla cerita . so next!!


2)  Hari kedua, bertarikh 11 Ogos

Hari kedua ni dengan tegarnya berazam nak berjalan dari pagi sampai petang. Tempat yang ingin dituju adalah Times Square. Plannya nak berbuka kat rumahlah konon. Jadi pepagi dah nek train ke KL SENTRAL then Tukar ke IMBI.

Sewaktu menunggu Train, saya ngan si adik pun berbual lah. Dah menjadi satu kebiasaan untuk kami berbual dalam bahasa Mandarin. Sebab dari kecik Kami di sekolah kebangsaan Cina dan dah biasa bercakap sesama sendiri dalam bahasa itu. Tiba-tiba ada sorang mamat ni cakap :




Tetibe suasana jadi cengkerik. Untuk menghilangkan kejanggalan, kebetulan la pula ternampak perkataan UPM kat baju dia. Nampak plak perkataan Navy . Jadi dengan muka tak muka tak malu je saya pun tanya. Student UPM ke? dan dia dengan tanpa segan silunya menjawab



Oh patutlah semangat cintakan negaranya Kuat. =_=" ... Tapi baguslah. Niat dia baik.. =)
( kalaulah dia baca entry ni habislah, semua perkataan bakal dibetulkan sbb entry ni ditulis guna bahasa percakapan orang Key El (KL) haha)

 o.k, pastu Train sampai .o.k,  Benda ni memang dah dapat agak dah, Jadi inilah perkara yang berlaku:




Gambar diatas ini juga hak milik internet. Saya tak setinggi ni untuk tangkap gambar. Lagipun saya kat Coach wanita.  Coach tu memang padatla. Wanita kan ramai. hmm.. redha je lah. Sampai KL sentral, semua dah busuk-busuk belaka.he..he..

Btw, Monorail pun dua kali lima.. maybe la sebab semua dah berkobar-kobar nak beli barang untuk raya so semua bersatu hati untuk g shopping kat tempat yang sama, jam yang sama dan hari yang sama. haha..

So inilah tempat-tempat yang saya pergi.



Gambar bukan milik saya . Tapi milik internet...

dan tempat yang saya betul2 nak g adalah :

ni barang -barang kosmetik..



Jadi inilah yang saya beli hari tu. Tak bayak pun tapi kebanyakannya dah  dipunggah sebelum sempat diambil  gambar:


Embedded image permalink


3) Last Day:  14 Ogos: Jalan TAR . 

kat sini pergi dengan si Wan Amni Adila. Dia nak beli baju kurung dan hijab.  Saya baju kurung mak buat so tu tak payah beli . Kitorang g weekdays  but masih jugak ramai orang kat Jalan TAR tu.



Kat Muaz textile. tudung dia murah-murah sangat. lagipun bundlekan. so kene ada kuasa mengirailah. siapa yang pakar korek2 bolehlah dapat yang cantik. Hakikatnya amni dengan saya dapat jumpa satu memandangkan kitorang tak berapa suka dengan tempat crowd.



Dekat kedai luar memang best jugak. Tapi banyak yang harga sama je ngan kat Kajang. cuma kat sana banyak pilihan je. Jujur rasanya shawl yang Eclipse Shawl jual lagi cantik la. sebab dia ada corak unik. Entahlah. mungkin ianya hanya bersifat peribadi.. he..he..

 So that's it.. maaflah, tak tangkap gambar Shawl yang kitorang beli sebab malasla. dah dipunggah pun.Haha.. Tengok aja bila sudah dipakai nanti.. he..he.. ( sebab ada yang saya tak pasti knapa saya beli, tak ada baju sesuai pun. tak terpikir pasal tu .adoi. =-=" )

Sebenarnya bila rambang mata, tak banyak yang kitorang beli.he..he.. biasa-biasa jer..


Macam mana pulak dengan shopping raya korank? Shopping raya tak membazir kalau benda tu betul-betul akan digunakan. Kalau mampu, tak salah berbelanja untuk diri sendiri. Tapi janganlah boros atau terlalu ikut nafsu

Sebelum buat keputusan nak beli, tanya dulu diri sendiri.
1)keperluan atau kemahuan? Kalau keperluan, amik je,

2)tapi kalau kemahuan, fikir pulak knapa nak benda tu?
3) kalau tak beli akan menjejaskan apa2 tak?
4) dah ada fesyen yang sama tak..?keep asking...

O.klah. Sampai disi sahaja. selamat menyambut Syawal dan maaf zahir batin. ^_^





Anda cinta atau anda obses?

3:22 AM 0 Comments A+ a-

Cinta atau obsession? satu persoalan yang semua orang malas nak fikir. Macam mana nak bezakan? ramai je yang tak kisah kne pukul dengan boyfriend  ( atau suami tapi malas nak sebut suami, nanti jadi isu ) , tapi masih setia dengan alasan cinta. iya, saya pernah lihat kedua-duanya dan setiap kali saya tanya si perempuan kenapa tak melawan, jawapannya adalah sebab sayang. kalau ditanya lelaki tu kenapa pukul, jawapannya sebab cemburu. Cemburu kan sayang (o.k,  yang ni saya tak pernah tanya la nanti saya yang kne lempang sebab tak SAYANG mulut.. he..he..) 




Di sini ada drama pendek, rasenye, tak pun filem pendek yang dihasilkan oleh kumpulan kami yang terdiri daripada Ketam, Hafiz,  Nadia, Solehah, Ain , Ratcha, Loges, Fatin Sakinah dan Mustaqim.  ianya mengenai cinta yang obses. Kami hasilkan ini untuk kos Kesihatan Mental. Jadi sesiapa yang terlibat , anda tak jahat, anda cuma sakit mental, dan ada traetment untuk pulih... so enjoy watching and thinking...





Faham tak? memang Kami anak media diajar untuk membuat cerita yang memerlukan manusia berfikir. he..he.. alah2, ala2 Yasmin Ahmad punya ceritalah...  by the way, cerita ni sesuai plak ngan lagu ni.. (maaflah lagu Korea lagi, tapi lagu diorang ada banyak maksud.. nak buat camne, rap dia sedap..he..) ... Lagu ni kisah wanita tu bakar lelaki yang obses dengan dia. pada lelaki tu ianya cinta, pada perempuan itu, ianya obses... jadi sesuailah. tgok Eng sub dia.. 


P/s: saya tidak menggalakkan sesiapa melakukan ini ye?  enjoy watching and listening... ^_^ 


Sebenarnya saya tak ada jawapan untuk cinta atau obses sebab saya pun tak bercinta.  he..he.. tapi  orang kata cinta itu buta dan membutakan.. hahahha.ada juga kata cinta yang betul perlukan sebuah pengorbanan. 

ada juga yang kata kalau kita mahu orang itu bahagia sedangkan kita tidak termasuk dalam kebahagiannya itu dikira cinta,.. hahahaha .. 

lebih afdal  tanyalah yang pakar yea. tapi saya rasa tetap tak ada jawapan sebab ianya berbeza bagi setiap individu. setiap orang pun akan bagi pandangan berdasar apa yang difikirkannya benar. jadi, tak taulah. 

dan sebenarnya, kami hendak menambahkan viewers untuk video kami... hahahhaha... Thankz for those who watching..btw, keep watching, keep watching.. . ^__^ 



Kalau anda tahu jawapannya dan ada cerita nak dikongsi... feel free to say what on your mind but no offended comment. o.k?



SILVER IN HAND, GOLD IN HEART

7:23 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum, err... entry sepatutnya dibuat semalam tapi tak dapat buat  sebab terlalu banyak kerja.. he..he..

o.klah, secara ringkasnya ni reaksi kitorang waktu mula-mula tengok match Chong Wei dengan Lin Dan. and tertengok ni...








Le Khalilah   :   apa dah jadi dengan Lin Dan, bermisai dah o.k, tapi bertatu plak.
Le Me          : Lin Dan nampak macam orang putus cinta je....
Le Amni       : Lin Dan nampak handsome plak macam tu...
Le Khalilah    : macam lelaki geladangan? * maksudkan seorang artis korea.
Le Amni         : err... yeke??
Le  Me           : macam  seorang yang dah matang, macam mana nak describe...
Le Amni         : yang dah tua?
Le me: yup     :  macam dah tua. ayat yang betul. tapi ayat baiknya, macam dah jadi bapak.


hahaha.. maaf Lee Chong wei,  sebab perubahan drastik Lin Dan buat kitorang komen pasal dia dulu. kalo si Chong Wei buat rambut warna warni, kitorang mesti komen Dato' dulu. hahahahha..

sepanjang match dah agak dah Lin Dan akan main slow, cantas Chong wei kat set kedua dan jadi  set ketigalah  yang kitorang nanti-nanti sebab sengit.. reaksi kitorang...

Embedded image permalink


and at the end,
 Chong wei tumpas di atas tangan Lin Dan pada mata yang sangat sengit. 21-19. sedikit kekecewaan itu ada tapi  rasanyer LEE CHONG WEI nak MENANG EMAS lebih dari kita semua nak BASKIN ROBIN percuma dengan CUTI UMUM.

wait , knapa kita yang dapat sedangkan dia yang bertungkus lumus? hmm... macam pahlawan jugak atlet ni, bila dah menang dan dapat harumkan nama negara, satu Malaysia dapat manfaat. macam manalah nak pupuk semangat patriotik..patutnya benda ni diumumkan setelah dia menang, baru surprise.. . =_="

by the way , inilah muka Hero malaya  yang menitiskan air mata kerana telah mengecewakan jutaan rakyat Malaysia terutama yang kempunan nak  makan aiskrim percuma and cuti umum tu... he..he...









and his Tweet his apologize. sedih sebab tak dapat nak dengar lagu Negaraku berkumandang dekat olimpik.






But Most of the Malaysian are very supportive!!  see , its trending on tweeter and Facebook last night... ^_^


 














well, apapun you are the BEST Dato', you are One in a milion. you make me questioned myself, what did I done to make this country proud of me? and  make Malaysian proud to be call as  Malaysian. Because you make a lot of people united just to support you. he..he..


WIN IS A MATTER OF LUCK, BUT FIGHT IS A MATTER OF CHOICE.(my new quote. I like guy who fight .. haha) .. You choose to fight, that's why people call it  SILVER IN HAND, GOLD IN HEART. Thank You... ^______^



eh,eh, eh,  jap, ni gambar isteri Lin Dan, patutla muka dia je kuar, and patutla Lin Dan dah nampak macam bapak. he... Chong Wei patut kawen dulu  supaya dapat semangat lebih... aduhai.. hahahaha.. XD





p/s: macam yang di post semalam, rasanyer nenek moyang Lin dan ngan Lee Chong wei ada dendam yang tak habis sebab sampai sekarang Chong  wei selalu  kalah kat tangan Lindan...he..=D 






btw, for Muslim, salam nuzul quran =) 



Ucapan hari lahir- Surat untuk kawan

8:51 PM 0 Comments A+ a-

Selamat 4 Ogos 2012,  bangun pagi dapat banyak mesej, facebook penuh, twitter pun tak kurangnya, buat  senyuman ni nak panjang sampai ke telinga. Alhamdulilah, akhirnya aku dah 22 tahun. kalau ikut stage hidup, aku dah masuk alam dewasa. Waktu baca mesej kalian, tak tau nak senyum ke nak nangis, sebab sebenarnya Facebook yang bagitaw kan?  hehe.... Terima kasih FACEBOOK. tapi kalau korank tak ada usaha untuk menaip pun tak ada makna jugak kan. Terima Kasih  Kawan.


 aku berjalan dekat atas muka bumi, dan pada waktu itu aku jumpa kalian, sekumpulan manusia yang aku panggil kawan. orang cakap sahabat dan kawan itu berbeza, pada aku sama je. aku tak akan nilai kawan-kawan aku sebab aku tak nak dinilai kawan-kawan juga.

dalam perjalanan yang sangat sunyi, dalam proses mengenal dunia dan sang pencipta,  Pada masa aku rasa sesat dalam perjalanan, tak tau macam mana nak sesuai kan diri, mereka-mereka ini menawarkan diri untuk berkenalan.Buat keputusan untuk mengenali kawan-kawan  aku  adalah keputusan terbaik aku pernah buat sepanjang aku hidup.


Kepada kawan-kawan melayu,
Mungkin sebab kita sebangsa, sebab itu kita ni complicated sikit. kadang-kadang bergaduh, kadang-kadang bermasam muka, kadang-kadang kecil hati. tapi itulah yang berlaku pada hubungan adik beradik kan? sebab kita dah terbiasa dan teranggap masing-masing sebagai adik beradik, sebab itulah kita lalui semua tu. Kerana kita terlalu rapat, sampai kita tak ingat apa itu persahabatan, apa itu hubungan adik beradik.Sebab tu bila kita rasa sakit hati macam mana pun, kita tetap akan baik balik.  Sewaktu yang lebih dewasa benarkan aku panggil diorang kakak atau abang, ianya sangat menyenangkan sebenarnya sebab aku tak ada abang ngan kakak. Jadi kalian berikan aku sikit rasa jadi adik. dan ianya sangat seronok. kalau yang lebih muda panggil aku kakak. Ianya sangat menyenangkan juga, sebab sememangnya rasa itu macam satu keluarga.  Apa-apa pun, aku tetap berbangga dengan KASIH SAYANG kalian semua.semoga hubungan kita diberkati Allah dan bertahan selama-lamanya. ^_______^


to my Chinese friends,
 I am really grateful to have you guys as a friend,  You are always concern  about me. When I got cold, you ask whether I have taken my medication. when I  buy coolblog  water, you told me its not good for me. When I go back home late, you ask me to text you to let you know if I already reach home.  My Chinese friends concern about what I can't eat, but doesn't bother if I eat beef (they don't eat this) in front of them.It must be small thing that you think you ever done, but its really make my heart warmth, and I am really proud of your LOVE.

to my Indians Friends,
I am really grateful to know you too. You like to play joke with me and sometimes we can talked about our future together. Even sometimes its not relevant. I don't know what is racist? My Indian friends at school call me " Sweet Heart". Its a joke but still, sweet heart is a good word to describe some one. When I don't know anything about homework or assignment , I can rely on my Indian friends (copy2) or just get long together with them and say " we don't understand neither, we got friends who feel the same, so we are normal! ". This may apply in school or in University. In university, we have group for those who have problem with statistic and the president is Indian. If you know this.he..he.. For all those memory, I'm proud of it, and Proud of your LOVE.


untuk kawan-kawan sekolah-sekolah,

 dah banyak kita lalui bersama-sama, buat benda-benda nakal sama-sama, kalau cakap benda nakal mesti orang fikir lain...hmmm... kacau senior-senior? tandatangan dekat belakang bus?jalan-jalan dekat Metro Kajang dengan Uniform sekolah lepas habis sekolah? hantar surat cinta palsu? curi makan dalam kelas? sorok-sorok handphone? orang yang dengar mesti fikir kita ni budak jahat. Tak lah, ianya memang budaya dekat sini. Pak cik bus pun knal, pak cik goreng pisang pun knal, bila lalui dekat depan sekolah, pak cik goreng pisang jerit "sarah!! ", kalau beli dapat murah. kedai abe tu, kalau pergi ngan thirah, nisa, dila, ida, kadang-kadang boleh terlupa bayar sebab leka bercakap. Tapi Abe tu tak marah bila kitorang datang bayar balik. Hari tu jumpa cikgu, cikgu ingat lagi kita. Budak kelas sains 2007 yang nakal. 1st and last. selalunya sains kan agak nerd kalau dekat sekolah?tapi kita sangat unik. nakal-nakal kita pun tak pernah ada rekod disiplin kat sekolah. he..he..

Untuk kawan-kawan2 form 6,

saya sedang marah, anda dimana? knapa senyap je? lebih-lebih lagi kelas perniagaan. mungkin  kita hanya kenal setahun lebih jadi ianya tak sekuat ikatan persahabatan lain. Tapi kalau jumpa aku kat mana-mana nanti sila tegur. kalau aku tak ingat, cuma knalkan nama, tapi tak mungkinlah aku tak ingat, kecuali kalau korang buat platik surgery. mungkin jugak sebab kalian baru masuk sekolah tu sedangkan aku memang dah 5 tahun kat situ. Tapi itu tak membezakan apa-apa pun tu.



untuk kawan-kawan Universiti pulak,
 kita hanya tinggal 1 sem je lagi, lepas tu kita akan ada praktikel dan waktu praktikel nanti dah tak yakin dah yang kita akan selalu berhubung kecuali bagi yang rapat. Jadi, apa kata kita cipta kenangan-kenangan yang indah selama 1 sem ni? boleh kan?  tak lama dah pun. aku nak ingat semua yang baik-baik je.

kawan-kawan, kalau aku ada buat salah sepanjang aku knal kalian, aku nak mintak maaf. kalau ada termakan lebih hak korank , harap halalkan.


Kalau pasal kalian ada tersalah dengan aku, jangan risau, marah aku cepat reda. lepas aku lepaskan. lepas aku menangis, semuanya jadi normal. jangan risau.


Terima Kasih pada kawan-kawan yang membimbing aku, yang knalkan aku pada dunia yang aku tak pernah tengok. pinjam kan kanta mata kalian semua. Dunia memang sangat berbeza pada pandangan orang yang berbeza. Tidak menghukum dan membantu memang pilihan yang bijak,



Terima kasih juga pada kawan-kawan yang sentiasa selalu sokong aku. disaat aku tak percaya diri, di saat aku hanya fikir aku ni beban, di saat aku mengalami zaman kegelapan, di saat setiap hari aku hanya air mata, kalian cuba untuk tidak tanya soalan-soalan yang menyedihkan bahkan kalian tetap ada untuk bagi semangat dan suruh aku jadi kuat. Disebabkan kalian, aku dah berjaya melalui hari-hari sukar sekarang, walaupun masa depan sangat menakutkan, tapi aku tahu, kalau aku jatuh, aku ada kawan-kawan di belakang aku. atau sekurang-kurangnya aku ada memori itu.


dan maaf pada kawan-kawan yang sedang diuji dan aku tak dapat membantu. Seperti yang kita semua percaya, kita adalah insan terpilih untuk lalui jalan macam ni. Seteruk mana hidup kita, ada lagi yang lagi teruk, sebaik mana hidup kita , pasti ada yang lebih baik. Kuatkan semangat. Cari jalan untuk motivasikan diri. cari jalan juga cara untuk dekatkan diri Allah sebabnya kalian akan faham setelah nampak hikmah. Tak ada sesiapa boleh bantu kita selain diri sendiri. Tak perlu mintak perhatian dunia, mereka pun ada masalah sendiri.kita sama-sama sedang berjuang. kan?

aku suka lagu ni,  ni lagu Jepun,lirik dia sesuai untuk luahkan apa yang aku nak cakap dan berapa terima kasihnya aku dekat korank.  dengarlah, kalau rajin. sebab lirik dia buat aku ingat kawan-kawan aku sampai rasa nak nangis. aku selalu mengadu tak ada kawan yang sama minat tapi aku ada kawan yang tolong aku kalo bermasalah. dan aku je yang  tak pernah sedar.


 kalau kalian rasa kalian tak ada apa-apa sumbangan dekat dunia. fikir balik, kalian ada sumbangan dekat aku. dan juga manusia-manusia yang lain, sama ada sedar atau tidak.teruskan bersangka baik dengan itu.


Jangan hilang senyuman tu. Senyuman yang kalian bagi dekat aku sewaktu pertama kali aku knalkan korank. sebab dengan senyuman tu. kalian dapat buat hari seseorang rasa lebih baik.


 I'm Proud Of YOUR LOVE.









Terima Kasih sebab jadikan aku sebahagian dari hidup kalian. sekarang aku dah masuk alam dewasa.  dan aku akan ingat kalian sampai bila-bila. kalian adalah anugerah yang Allah hantar dan bagi mesej pada setiap doa yang aku panjatkan. Terima kasih banyak-banyak. 

kata-kata akhir: sebelum nilai orang dengan mata, kenal dulu orang itu dengan hati. sebab aku knal kalian dengan hati. Mata aku dah tak dikaburi dengan prasangka buruk lagi.

dan kalau aku lupa diri, jangan lupa untuk jerit empat nama aku. kadang-kadang rasa sebal tapi sebenarnya best jugak. ianya macam wake up call. he..he.. XD



Ucapan hari jadi- untuk mama dan ayah

12:00 AM 0 Comments A+ a-

Selamat 4 Ogos 2012,  bangun pagi dapat banyak mesej, facebook penuh, twitter pun tak kurangnya, buat  senyuman ni nak panjang sampai ke telinga. Alhamdulilah, akhirnya aku dah 22 tahun. kalau ikut stage hidup, aku dah masuk alam dewasa.

bukan lagi kanak-kanak yang boleh guna tangisan untuk dapat perhatian,
bukan lagi remaja yang boleh guna pemberontakan untuk dapat perhatian
tapi dah masuk alam dewasa untuk belajar untuk bertanggungjawab dan bagi perhatian pula.



Le me, tak tau umur berapa... =)


Mama,

Terima kasih atas semua yang mama dah buat sejak yana lahir sampai sekarang.Dengar mama sedih sebab tak tau yana cukup makan ke kat UKM sedangkan dekat rumah banyak makanan memang lucu. sebab UKM tu bukannya jauh dari rumah. tapi bila fikir balik, benda tu sebenarnya sangat menyenangkan. Bila mama telefon tanya makan apa? buat yana nak balik rumah je. last sekali keluar kolej duduk rumah. he..

mama, budak perempuan kat atas tu dah berusia 22 tahun. Untuk jaga yana dari sekecil tu sampai sekarang ni, mesti susah kan? berapa banyak keinginginan mama perlu diketepikan sebab bagi laluan dekat kitorang adik beradik? fikir pasal ni, buat yana sedih jugak. Mama, yana akan berusaha baik-baik supaya satu hari nanti yana boleh buat mama bangga. mama, maaf sebab banyak buat salah.  Yana selalu bagitaw Allah, yana sayang mama.


Mama,  lagu ni untuk mama, liriknya sesuai untuk disampaikan untuk mama. Bila dengar je teringat mama.







Ayah,

Ayah terlalu protective. Kalau keluar rumah,  ayah akan kol lebih dari sekali. Sampai kawan ingat itu boyfriend Yana. Tapi Yana tahu, sebenarnya ayah risau, sebab tu lah selalu kne update liyana dah ada kat mana, buat apa. Dah jadi kebiasaan dah. Kalau tak habislah. Sampai kawan gelar ayah Castello. Diorang cakap yana beruntung dapat ayah yang sangat caring. he..he.. Ayah, yana dah besar. tapi kat mata ayah yana masih budak kecil. Ayah sebenarnya yang dah berusia. sebab tulah yana nak kerja lepas habis belajar. Tak nak amik master dulu. mungkin dah sampai masa untuk jadi dewasa. Ayah nampak penat tapi masih boleh senyum. ayah , lagu Korea ni sesuatu untuk gambarkan ayah. dia dalam bahasa Korea tapi ada lirik bahasa melayu (sorry, tak guna lagu P. Ramlee.. he..he.. )