Cabaran Berhijab

12:52 AM 0 Comments A+ a-



Happy Hijab Day!

So tiba-tiba terasa nak update blog. Hahaha..

Dah hampir tiga atau empat tahun aku pakai hijab secara konsisten. Dalam 25 tahun hidup.  Ada pakai waktu sekolah menengah, tapi waktu ke sekolah sahaja. Habis sekolah hilang dah tudung. Terserempak dengan  ustazah kat shopping mall, boleh plak menyorok. Lepas itu,  kat kelas agama kena perli. Hahahaha. Rindunya zaman tu!   Hampir 95 peratus pelajar kat situ sebenarnya free hair. Zaman sekarang, dah famous style hijabist,  dah senang nak cari selendang dan dah banyak fesyen cantik-cantik, jadi budak-budak  sekolah sekarang dah pandai pakai tudung.

Bila fikir balik, aku bersyukur juga bukan dilahirkan dalam keluarga yang asalnya sangat-sangat alim.  Kalau tak, mesti aku tak faham dengan orang-orang yang dipanggil jahil ini. Dapat faham tentang agama, sikit demi sikit sepanjang aku membesar agak seronok. Macam setiap hari, Allah berkomunikasi dengan aku apabila aku belajar benda baru.

Tujuan utama nak tulis blog ialah nak cerita susahnya jadi hijabsTERRR baharu ni. Ya ampun. Hahaha... Tak semestinya pakai hijab tu terus jadi alim macam kat TV tu. Kita masih lagi dalam proses belajar.  Tapi sebenarnya seronok juga menghadapi cabaran baru ni.


1.  Tudung tak nak dengar cakap!

Ok, sampai sekarang tudung tak nak dengar cakap. Kadang-kadang dah siap awal tapi tudung pulak buat keputusan untuk memberontak. Mula-mula dan pilih tudung, dah gosok, lepas lilit-lilit tak jadi-jadi. Waktu saja-saja tiru tutorial, walaaa~~~ cantik sampai rasa nak pergi belakang langsir tangkap Selfie banyak -banyak. Tapi bila nak pakai betul-betul,  tak sama pula. Pengkhianat punya tudung!




credit:  Tuffix.deviantart.com

2. Penjagaan rambut extraa~~


Dulu, masa kat Universiti aku bantai je rambut tak kering pun, pergi makan kat kantin.   Sekarang, mana boleh. Kalau rambut basah pakai tudung, selamat menggaru kepala selama sehari.  Lepas tu kau akan tak suka bau kepam kat rambut kau tu. Jadi, nak tak nak kau mesti blow dry dulu sebelum pakai.
Tapi pelik, aku boleh tahan plak kalau lepas mandi laut. Tapi aku akan lepaskan je rambut, tak ikat. (that's why hijabist prefer rambut paras bahu je senang jaga).

Aku ada satu salon yang aku suka pergi. Dulu, kumpul duit untuk pergi buat hair relaxing, treatment bagai. Lepas keluar rasa nak pakai cermin mata hitam dan  flip hair banyak kali. Paling best bila orang puji, paling tak best bila orang kata gaya tu tak sesuai dengan aku. Like



Hahahaha.. Sekarang? Pergi salon jugak tapi yang muslimah punya. Masih boleh potong ikut gaya terbaru atau buat apa-apa treatment. Ada banyak pendapat pasal warna rambut. So, aku ambil jalan selamat untuk tak buat. (Walaupun aku nak warna rambut macam ni. * Nangis tepi bucu katil.)



The struggle is real guys! Tapi bila pakai tudung macam-macam warna, boleh lah acah-acah warna rambut juga. Lagi pun dah ada tudung ombre sekarang ni. Actually, it is quite interesting to change your "hair colour" and "hair style" every day. Rambutkan mahkota wanita, tudung pun boleh jugak.

Oh lagi satu, perempuan pakai tudung belit-belit bukan sebab nak tarik perhatian lelaki. Tapi dia sukakan kelainan dan gaya baharu.  Jadi, jangan perasan. -Merujuk pada twitter post tentang kenapa perempuan pakai shawl.


3.  Susah jumpa baju sesuai

Ok. Ini memang masalah juga. Bagi orang yang tak tahu bergaya macam aku ini, aku tak peduli sangat pasal mix and match. Aku cuma pentingkan keselesaan. So, setiap kali shopping, kau akan nampak aku rasa material baju tu dulu, baru harga. Hahahaha... Cantik mana pun baju tu, kalau dia buat kau rasa panas atau menyebabkan kau perlu pakai banyak inner (sebab nipis sangat), aku tetap tak suka.

Susah nak cari baju lengan panjang. Tapi bila ada lengan panjang, dah macam nak pergi main salji pulak material dia. Dah lumrah kerja aku sebagai wartawan sukan (buat masa ini), tak akan nak pakai baju panas dekat padang bola atau padang golf atau dekat kolam renang. Memang berhuhuhuhu. Ada baju lengan panjang tapi nipis, sikit berpeluh dah habis melekat kat badan. Aku bukan duduk kat tempat VIP. Hahahaha... Lengan pendek boleh tapi harus pakai inner, sama je lah.


Tapi yang bestnya bila  kau mula nak menutup aurat. Kau boleh dapat best of both worlds bila berfesyen.  Bila keluar kau macam ni.




Bila kat rumah macam ni





Hahahahaha...  Hei,  Youtuber yang kerja dari rumah pun pakai cantik-cantik kat rumah.  Masa hari cuti bolehlah macam ini. Minus those high high heels lah.  Taklah macam orng nak pergi award, but simple dress.  (Guna gambar adira dengan Jihyo sebab orang kata muka diorang sama).    Lepas tu beli Abaya, so kalau ada tetamu tak diundang datang, kau sarung abaya ngan instant shawl.  Macam orang Arab buat Tadaaa!!! Wah~~ Not bad Sarah. :)





Cantiknya Abaya ni. Nak nangis!!!  Tapi kalau aku pakai mesti DBKL tak ada kerja, sebab aku dah sapu semua lantai. :'D


3. Beli pin tudung satu guni pun tak cukup.

Bagi siapa yang tak pakai tudung instant, mesti menghadapi masalah yang sama. Sama ada pin tercabut, batu tercabut atau hilang. Macam kes aku, aku beli pin banyak-banyak, lepas tu salah letak, esok lusa jadi milik adik. Siap cakap "Ini orang punya!"  Sesiapa yang hidup dengan kakak ngan adik-adik mesti faham. Kalau baju boleh "terpinjam", pin tudung  boleh tukar hak milik.

Cakap pasal pin, bila jumpa baju sesuai mesti nak cuba kan? Masuk je bilik persalinan, cabaran lain pula timbul. Kena bukak tudung satu persatu kalau nak sarung baju. come on, tak akan nak cuba berlapis-lapis kan? Selalunya kalau nak pergi shopping, better pakai instans shawl. Sekarang senang, instant shawl tak payah pin.


4. Segala anasir-anasir jahat yang mencabar keimanan kau.

Makanan tertumpah kat tudung. Tudung kau bergerak bila kau bergerak. Tahu-tahu dah senget. Angin tiup kencang dan rambut kau terkeluar.  Like, come on! Behave please. Jadi kalau nampak tudung aku macam orang baru hilang anak. Don't Judge!






Banyak lagi rasanya. Tapi nanti jadi drama Indonesia pula. Beratus-ratus episod. Hahahaha... Walaupun dengan semua cabaran ini, lama-kelamaan kau akan biasa juga. Kata nak masuk syurga, dah dicabar sikit, tak boleh terima.

Aku selalu ingat ayat Sharifah Sofia waktu dekat World Hijab Day event.

"Sesetengah saudara kita menghadapi cabaran besar seperti Islamophobia, tapi mereka masih taat kepada Allah. Sementara kita?  Tak ada siapa yang halang kita  tapi bagi beribu alasan. Lepas itu, kita masih percaya kita layak dapat syurga?"

Nak tahu kenapa aku pakai tudung?  Bukan sebab orang paksa, oh, aku jenis, lagi kau paksa, lagi aku memberontak. Aku ada banyak sebab tapi yang paling buat aku nekad ialah:

Satu hari, kawan aku nak masuk masjid sembahyang. Aku nak ikut tapi macam mana nak masuk kalau aku tak pakai ikut syariat, selendang pun tak ada. Jadi aku tunggu kat dalam kereta sambil dengar azan. Aku Islam, tapi tak boleh masuk sebab tidak berpakaian seperti Islam. Bahkan, kawan Christian aku pernah ajak aku ke Church sebab dia ingat aku seagama dengan dia.

Tiba-tiba aku terfikir ini baru masjid.  Macam mana dengan syurga?  Adakah aku akan tersekat depan pintu syurga sebab satu kesalahan ini.   Aku tak masuk masjid sebab tak nak langgar etika berpakaian, segan dengan ustaz-ustaz dan sebagainya. Tapi tak ke aku segan dengan malaikat nanti, macam mana nak terang kat mereka? Nak cakap aku banyak tolong orang semua, tapi cabaran saudara kat Palestin lebih besar.  Alasan apa aku nak bagi? Dengan manusia, aku boleh pertahankan diri, dengan tuhan, bagaimana? Jadi waktu aku dengar Sharifah Sofiah cakap, aku jadi sedih. 

Aku follow the new muslimah dan cemburu dengan saudara baharu dari seluruh dunia. Best je belajar dari kosong. Teringin nak duduk negara bukan Islam dan sertai komuniti islam mereka yang kecil dan lebih muafakat dari macam kita ini. Negara Islam tapi masing-masing asyik bercanggah pendapat, cari salah masing-masing, saling menghukum. Aku pun masih jauh perjalanan, tapi aku selalu segan nak belajar sebab takut dipandang serong macam masa aku free hair dulu.

Semoga kita dapat keluar dari kekeliruan ini. Islam sebenarnya mudah dan Indah.



Happy Hijab Day!