'Ikhlas Menegur'

5:40 AM 0 Comments A+ a-



Assalamualaikum, sihat semua :)

Apa yang mendorong aku untuk buka semula blog selepas sekian lama ni? Hahahaha...

Yup, sebab nak bagi 20 sen tambah GST berkenaan isu lurah faraj  ahli gymnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi yang menjadi buah mulut orang ramai.

Pertama sekali,  nak ucapkan tahniah pada orang yang mula-mula hantar komen terbuka dekat twitter Farah. Mungkin niat asalnya nak menegur, tapi sekarang dia dah jadi punca fitnah buat Farah.

 Sekarang,  media berbolak balik isu yang sama. Orang mula memperlekehkan agama Islam, perkara ini sampai tahap cyberbully buat Farah. Tak ada siapa pedulikan apa perasaan dia. Kes dia macam ini:


Credit: Pentingnya Faham





Bukan nak menyokong tindakan Farah, sebab terang-terang dia tak sempurna dari segi pemakaian cara Islam. Iya, aku pun belum lagi. Selagi kita tak yakin pakaian kita tu boleh dipakai waktu solat, maksudnya selagi tu kita tak tutup aurat dengan sempurna. Jadi, aku pun belum lagi. Hijrah ini boleh dibuat pelahan-lahan. Aku tak berani cakap banyak sebab hal ini hanya Allah je yang tahu.

Pada aku, Allah maha memahami. DIA tahu sejauh mana usaha umatnya itu, sikit-sikit dia bukakan hati sampai satu hari betul-betul berubah. Contoh Felixia Yeap, bekas model playboy. Aku dan Kau mungkin lebih lama  bergelar Islam dari dia, Aku Kau mungkin tak pernah buat dosa besar macam dia, tayang badan buat aksi menggoda kat media sosial dan sebagainya  tapi sekarang ini, ko yakin tak, dosa kita lebih sikit dari dia? Siapa yakin tu tahniah lah lagi sekali. sebab aku tak.

Nampak tak, kalau Allah mahu seseorang itu berubah, maka berubahlah dia. Dah kata hidayah milik Allah.

Cuba fikir,  kau rasa teguran kau tu mendekatkan lagi dia dengan tuhan ke atau menjauhkan lagi dia dengan tuhan. Silap tak silap, dia dah rasa menyesal dilahirkan Islam. Sebagaimana kau buatkan orang  bukan Islam memperlekehkan agama Islam sebagai kolot. Memanglah kau dah buat bahagian kau, tapi tengok tak hasilnya. Matlamat tak menghalalkan cara.

Dulu masa aku free hair,  golongan yang paling aku takut dekati ialah golongan Alim. Sebab aku rasa diorang jijik dengan kehadiran aku.  Walaupun aku selalu kagum dengan keupayaan diorang melawan nafsu dunia. Aku bayangkan aku seperti orang 'miskin' yang mengagumi 'si kaya'. Malangnya, si 'kaya' mempertikaikan 'kemiskinan' aku , berbanding membantu aku sedar hikmah menjadi 'kaya.' Bagaimana nak jadi 'kaya'. Syok tak jadi 'kaya'. Jadi, aku pun rasa tak layak dok kalangan 'orang kaya-kaya'.

Aku mula teringin nak pakai tudung pun sebab nasib baik ada seorang orang 'kaya' ni. Dia tak malu pun kawan ngan golongan-golongan 'miskin' macam aku. Tak pernah sekali pun dia tegur 'kemiskinan' aku. Tapi dia tunjukkan dengan akhlak dia. Jadi aku rasa tertarik nak jadi sama seperti dia. Walaupun jauh lagi antara aku ngan dia, tapi aku dah berganjak sikit-sikit, tuhan tahu. Dan aku harap Allah bagi ganjaran pada dia sebab dia berjaya buat aku faham indahnya suruhanNYA. 

Daripada dia cerita kat aku betapa peritnya neraka, dia lebih suka cerita betapa cantiknya syurga. Jadi perkara baik yang aku ikhlas lakukan selama ini bukan disebabkan takutnya aku dengan neraka Allah, tapi sebab aku teringin nak tinggal di SyurgaNYA..

Aku tak salahkan Farah mahupun family dia. Mungkin dari segi Islam, mereka 'miskin' ilmu. Sama seperti aku.  Mereka tak dikelilingi dan dibesarkan dengan persekitaran seperti 'orang kaya' ilmu islam.

Pernah tak kau terfikir, kenapa ada golongan yang 'tidak diredhai Allah'. Waktu kecil, aku  pernah tengok satu drama, anak orang anak melayu dan India tertukar.  pelakon dia Vanida Imran.
Aku tanya mak aku,

"Dosa tak dia, dia dilahirkan Muslim tapi disebabkan dia tertukar, dia membesar dalam keluarga Hindu"

Mak jawab tak, sebab dia tak tahu sebelum ini yang dia tu Islam.

Aku tanya lagi, " Kalau macam itu, kawan-kawan  (aku kan sekolah cina dulu) dan mak ayah diorang tak salah juga. Diorang dilahirkan memang terus beragama itu. Jadi itu, diorang percaya. Takkan diorang dilahirkan untuk masuk neraka?"

Mak aku diam je. Tapi  dah besar ni, aku tahu jawapannya. Jawapannya pada orang yang 'Kaya' macam kaulah.  Kau patut membimbing, bukan mempertikaikan semuanya. Bantu orang macam aku dan Farah faham. Bukan dengan kata-kata keji. Dia tak kenal korang tetiba je kau serang dia.

Jadi  macam kes Farah, sekiranya tiba-tiba orang yang berlagak alim datang, tak bagi salam dan cakap

"Farah berpakaian macam ini, aku tak ingin nak jadikan kau isteri aku.", atau "Terima kasih kerana jadikan abang sebahagian daripadanya tanpa perlu membayar mahar."

Aku akan automatik cop diorang ni gatal. PERIOD.  Terus terang, Farah bukannya masuk playboy atau berpeluk-peluk ngan laki macam dalam drama 'sweet, sweet'. Pakai tudung tapi pegang-pegang.
Dia dapat emas untuk negara atas hasil usaha dia sendiri.

Iya, emas memang tak boleh bawa masuk syurga. Tapi atleast nampak tak dedikasi dia dan potensi dia. Sedang lakukan sesuatu untuk negara. Demi Allah,  aku selalu je nampak couple yang perempuan tu pakai tudung, tapi pegang-pegang tangan kat shopping mall, kat taman, kat sekolah. Aku pelik gak, knapa orang sekeliling ni tak tegur ke? Ke nak tunggu kat laman sosial baru berani?

The point is, dia tak buat kesalahan besar sangat sampai kau nak jadikannya Fitnah. Dia cuma bersukan dan berpakaian seperti ahli sukan lain. Teguran kau tu silalah berhemah. Tau tak, Twitter kau, instagram, facebook boleh private message. Dia tak baca? Tak apa. Atleast kau dah buat part kau.

Ini korang letak kat bahagian komen. Maka secara tak langsung,  mata yang lain tertumpu kat bahagian tu. Dari orang  tak perasan jadi tak perasan. Dari media tak tahu jadi tahu.  Dari orang tak kenal dia, jadi kenal. Makin lama makin tersebar. Bukan sukan itu je yang mendedahkan aurat, bukan dia sahaja yang mendedahkan aurat. Tapi kenapa semua orang tertumpu pada dia sekarang ini? Sebab kau yang mulakan dulu.

Ini kata-kata kawan aku, yang ak suka sangat. (Sorry Rehey, pinjam jap.)

"Aku memang yang sentiasa bodoh, 
Jadi tikamlah aku dengan gelojoh,
lalu tunjukkan senyuman paling bahagia, 
Biar semua tahu kau ahli syurga"

Bulan Ramadhan dah dekat. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. :)

Komik ini dari FB Islamic Quote.

IslamicQuotesDotCom





Berhemah. Islam itu indah. 




Ini pun teguran ikhlas. :)