Shopping Raya- dari alamanda ke Jalan TAR

11:57 AM 0 Comments A+ a-

O.k, entry pasal raya plak. Kan raya dah nak dekat dan memang dah jadi satu kemestian (kewajipan agaknya pun) untuk semua orang untuk shopping raya. Ada yang beli pakaian baru, ada yang beli langsir baru, ada juga yang beli perabut baru bagai.. semuanya sebab nak sambut syawal.

Jadi sebagai seorang manusia yang normal, saya pun mempunyai keinginan untuk beli pakaian raya.  jadi, sebelum buat apa-apa kne plan.. kalau tak terboros nanti susah.

o.k, inilah plannya

Embedded image permalink
(Maaf, gambar di atas cumalah lukisan saya semata-mata, jadi tak yah kritik, bukannya nama saya Leonardo Davinci pun..and tulisan tu, saya punya Font, anda ada?  haha)


1)Alamanda, Putrajaya. 6 Ogos.


o.klah, jadi dengan bangganya hari pertama ikut parents. o.klah, sebab ada parents so buat muka comellah kalau jumpa yang berkenan. Jadi tempat shoppingnya adalah

(gambar hak milik sesiapa la yang post kat internet. Tak kuasa den nak tangkap gambar ni aih!haha)

Dekat Alamanda, manusianya takla seramai time orang nak bagi Baskin Robin percuma tu. (tak pergi tapi tgok on9, nampaknya ramai patah hati sebab tak dapat makan eskrim Baskin Robin  jadi saya dok umah makan eskim Malaysia jelah.. he..)  O.klah, sale nya sama je setiap tahun. Tempat wajib pergi ialah Padini, sampai pernah ada sama baju dengan student UKM... rasanyer lecture pun ada corak sama ngan kemeja saya. .. tapi lecture lelaki lah. nasib baik tak pernah terpakai hari sama. karang tak pasal orang ingat kemeja kapel plak. Habislah...

Hari pertama dapatla beli baju kemeja. Sebab banyak teman adik je jadi tak ada lah beli sangat. Takpe, raya masih jauh. Jadi  tidak ada apa-apa  yang luar biasa berlaku pada hari tu. Cuma waktu berbuka tak ada  tempat duduk. Biasa je kan? Tak payahla cerita . so next!!


2)  Hari kedua, bertarikh 11 Ogos

Hari kedua ni dengan tegarnya berazam nak berjalan dari pagi sampai petang. Tempat yang ingin dituju adalah Times Square. Plannya nak berbuka kat rumahlah konon. Jadi pepagi dah nek train ke KL SENTRAL then Tukar ke IMBI.

Sewaktu menunggu Train, saya ngan si adik pun berbual lah. Dah menjadi satu kebiasaan untuk kami berbual dalam bahasa Mandarin. Sebab dari kecik Kami di sekolah kebangsaan Cina dan dah biasa bercakap sesama sendiri dalam bahasa itu. Tiba-tiba ada sorang mamat ni cakap :




Tetibe suasana jadi cengkerik. Untuk menghilangkan kejanggalan, kebetulan la pula ternampak perkataan UPM kat baju dia. Nampak plak perkataan Navy . Jadi dengan muka tak muka tak malu je saya pun tanya. Student UPM ke? dan dia dengan tanpa segan silunya menjawab



Oh patutlah semangat cintakan negaranya Kuat. =_=" ... Tapi baguslah. Niat dia baik.. =)
( kalaulah dia baca entry ni habislah, semua perkataan bakal dibetulkan sbb entry ni ditulis guna bahasa percakapan orang Key El (KL) haha)

 o.k, pastu Train sampai .o.k,  Benda ni memang dah dapat agak dah, Jadi inilah perkara yang berlaku:




Gambar diatas ini juga hak milik internet. Saya tak setinggi ni untuk tangkap gambar. Lagipun saya kat Coach wanita.  Coach tu memang padatla. Wanita kan ramai. hmm.. redha je lah. Sampai KL sentral, semua dah busuk-busuk belaka.he..he..

Btw, Monorail pun dua kali lima.. maybe la sebab semua dah berkobar-kobar nak beli barang untuk raya so semua bersatu hati untuk g shopping kat tempat yang sama, jam yang sama dan hari yang sama. haha..

So inilah tempat-tempat yang saya pergi.



Gambar bukan milik saya . Tapi milik internet...

dan tempat yang saya betul2 nak g adalah :

ni barang -barang kosmetik..



Jadi inilah yang saya beli hari tu. Tak bayak pun tapi kebanyakannya dah  dipunggah sebelum sempat diambil  gambar:


Embedded image permalink


3) Last Day:  14 Ogos: Jalan TAR . 

kat sini pergi dengan si Wan Amni Adila. Dia nak beli baju kurung dan hijab.  Saya baju kurung mak buat so tu tak payah beli . Kitorang g weekdays  but masih jugak ramai orang kat Jalan TAR tu.



Kat Muaz textile. tudung dia murah-murah sangat. lagipun bundlekan. so kene ada kuasa mengirailah. siapa yang pakar korek2 bolehlah dapat yang cantik. Hakikatnya amni dengan saya dapat jumpa satu memandangkan kitorang tak berapa suka dengan tempat crowd.



Dekat kedai luar memang best jugak. Tapi banyak yang harga sama je ngan kat Kajang. cuma kat sana banyak pilihan je. Jujur rasanya shawl yang Eclipse Shawl jual lagi cantik la. sebab dia ada corak unik. Entahlah. mungkin ianya hanya bersifat peribadi.. he..he..

 So that's it.. maaflah, tak tangkap gambar Shawl yang kitorang beli sebab malasla. dah dipunggah pun.Haha.. Tengok aja bila sudah dipakai nanti.. he..he.. ( sebab ada yang saya tak pasti knapa saya beli, tak ada baju sesuai pun. tak terpikir pasal tu .adoi. =-=" )

Sebenarnya bila rambang mata, tak banyak yang kitorang beli.he..he.. biasa-biasa jer..


Macam mana pulak dengan shopping raya korank? Shopping raya tak membazir kalau benda tu betul-betul akan digunakan. Kalau mampu, tak salah berbelanja untuk diri sendiri. Tapi janganlah boros atau terlalu ikut nafsu

Sebelum buat keputusan nak beli, tanya dulu diri sendiri.
1)keperluan atau kemahuan? Kalau keperluan, amik je,

2)tapi kalau kemahuan, fikir pulak knapa nak benda tu?
3) kalau tak beli akan menjejaskan apa2 tak?
4) dah ada fesyen yang sama tak..?keep asking...

O.klah. Sampai disi sahaja. selamat menyambut Syawal dan maaf zahir batin. ^_^