TEATER Review - BIDASARI
Hahaha, dah lama tak tak bukak Blog ni. ( Dan semua orang bosan dengan ayat ni, yelah, ayat ni kat setiap entry kot. Mana taknya setahun sekali update. )
* Gambar-Gambar dalam entry ini milik Teater Bidasari Facebook Page/ Istana Budaya *
" Wahai cermin pusaka cermin hikmat, tunjukkan aku satu alamat... mana perempuan yang paling cantik jelita?"
Dengar ayat ni dah macam " mirror-mirror on the wall, who is the fairest of them all" kan? Untuk kita yang membesar ngan cerita Disney ni memang terfikir Snow White jelah. Nak-nak lagi yang cakap tu pemaisuri. Taklupa, cermin sakti dia pun sama. Mungkin cerita klasik ini diinspirasi daripada cerita dongeng kanak-kanak itu. Kita tak boleh cakap tiru sedangkan banyak je cerita genre sama bersepah-sepah kat wayang tu. Tapi mengikut sasterawan, cerita ini berdasarkan Syair Bidasari yang dikarang berdasarkan Hikayat Kembayat Negara (Champa) abad ke 14. Maknanya sebelum cerita kanak-kanak snow white wujud lagi. Siap ada research lagi dari Julian Millie Bidasari : Jewel of Malay Muslim Culture. { Mungkin harus habiskan journal dulu baru boleh faham, saya tak baca pun journal ni. Kalau tersalah tarikh, ampun.. saya kecelaruan emosi sikit kalau nombor-nombor ni .. *lari nangis bawah selimut ni.*}
Kajian itu berdasarkan filem pada waktu tahun 1965 dan Syair Bidasari . ( Boleh baca syair tu dalam buku ni gak)
Pengarah : Jamil Sulong
Link Filem penuh : Bidasari 19655
Kita teruskan dengan Teater. Teater dibarisi pelakon handalan:
Nurfathia sebagai Bidasari
Aiman Hakim Ridza sebagai Tengku Indera
Hairul Azreen Idris sebagai Tengku Iskandar
Dato' Jalaluddin Hassan sebagai Tengku Iskandar
Tengku Azura sebagai Permaisuri Laila Seri
Radhi Khalit sebagai Saudarga Amir Abdullah
Norsiah Yatim sebagai isteri saudarga
Che Wan Silat sebagai Sultan Kembayat
Fadhilah Mansor sebagai Permaisuri Kembayat.
Adaptasinya sama. ceritanya pun start dengan scene yang sama. Pelakon, dua-dua cantik, Fathia cantik , Seniwati Sarimah memang cantik pun. Memang sesuai jadi Bidasari yang cantiknya tiada bandingan. Tak kekoklah sebut sebab diorang memang cantik.
Sipnosis :
Bidasari yang cantik jelita dan kaya budi bahasa adalah anak angkat kepada saudagar Amir Abdullah.
Bidasari dijumpai sewaktu kecilnya di sebuah sampan dengan kembarnya seekor ikan. Sementara itu di negeri Zamin Ambar yang diperintah oleh Sultan dan isteri barunya Permaisuri Laila Sari. Sultan mempunyai putera iaitu Tengku Indra.Kecantikan Bidasari telah sampai ke pengetahuan Permaisuri Laila Sari dan menyebabkan kemarahan dan cemburu kerana dia tidak suka ada orang lain lebih cantik daripadanya. Permaisuri kemudian memanggil Bidasari untuk bersemayam di istana dan menggunakan pelbagai cara untuk menyeksa Bidasari supaya tidak lagi cantik.
Copy paste sebab semua sipnosis sama je. : http://www.buzzera.net/2014/01/sinopsis-teater-bidasari-di-istana.html#ixzz2tfUwVcBH
O.k, Jom kita teruskan dengan mise en scene
Decoration
Dari segi back drop memang superb. Apa lagi yang kita harapkan dari pentas bertaraf dunia kan? So, biar gambar cerita kan segalanya.
Scene: Alam Fantasi ( Waktu ni Tengku Indera tengah angau) |
Scene: Singgahsana Raja dan Permainsuri Negara Kembayat Scene : Depan rumah Bidasari, anak dara tengah dok lepak-lepak. ( Cara dululah)
Ada banyak lagi, tapi tak jumpa gambarnya. Gambar ini semua dari Facebook Istana Budaya.
Lighting : O.k, cantik . macam Teater. hahahhaha. tak tau nak terang macam mana kalau bab ni sebab ni bukan filem , ada hitam putih ke, sephia ke, HDR ke.. he.. O.k , wajar dibebel oleh lecturer.
Costume:
Kostum yang dipakai adalah bertemakan Zaman Melayu Klasik (err.. nak cakap Zaman Kesultanan Melayu, sekarang pun ada Sultan, atau Zaman Kesultanan Melayu Melaka, maybe masa tu lah kot walaupun bukan kat melaka. :)
Suka tengok semua pelakon mengenakan pakaian tradisional yang benar-benar tradisonal sebab kalau ditengok kembali, baju-baju dulu banyak nilai seninya. Coraknya, warnanya, dandanan rambut, bagi lelaki pulak sampin, tengkolok. Sangat kemelayuan. Dulu waktu pergi ke Muzium Hang Tuah dekat Melaka, suka tengok pakaian orang-orang kat situ pakai pakaian tradisional, rumah kat situ pun nampak tradisional, siap belajar silat ngan "hang-hang"lagi. haha
O.K, Meh kita tengok costume, watak dan pelakon dia sekali. ( Yang ada dalam Facebook Rasmi dia je)
Watak : Bidasari
Pelakon: Fathia
Jenis Costume: Gadis Melayu/ Penari Istana/ Puteri Kayangan
Watak: Permaisuri Laila Sari
Pelakon: Raja Azura
Jenis costume: Pakaian rasmi Permaisuri ( Tradmark: selimpang yang dipakai ala-ala miss world. Ampun, tak tau nama dia. selalunya letak pingat, Nak kata Pending, rasanya bukan. hmm.. cer google. :/ )
|
Watak : Tengku Indra
Lakonan: Aiman Hakim Ridza
Jenis Costume: Pakaian Rasmi Raja Muda ( Tengkolok,Keris, Gendik Diraja/ Kalung Diraja)
Raja Muda , Hulu Balang dan Pembesar berempat :
Bendahara, Penghulu Bendahari , Temenggung , Laksamana
Jenis Costume : Inang dan Dayang-Dayang Istana
Jenis costume :Bangsawan Melayu ( Saudarga)
Jenis costume : Pemuzik / Orang kampung
Jenis costume: Pembantu Tengku Raja Muda
Jenis Costume: Penari Diraja
Scene yang paling disukai????
Tak-tak, bukan tak suka Fathia and suka tengok dia terseksa tapi scene nampak real and betul-betul WOW. *Tepuk tangan sambil berdiri kat dua-dua pelakon*
Dari segi lakonan memang Kak Engku sangat mantap lah. sebab terus terang tak sabar nak tunggu scene dia. sebab mesti ketawa. Fathia, Aiman dan Hairi masih baru nak dibandingkan Kak Engku tapi diorang pun dah buat dengan baik. Sangat mengaggumkan. :D
Ending? Happy Ending. Sama je macam film tapi disebabkan bahasanya, pantunnya dan lagak sepontannya, membuatkan Teater ini ada keunikan sendiri. Tak rugi tonton ni. Thumbs up!
Dialog Paling diingati tapi tak betul2 lah maybe dialog dia lain tapi macam nilah bunyi dia. (Banyak "Tapi" sebab takut , karang salah kene saman)
" Setahu saya tiada sebab orang membenci Bidasari, sebab ramai yang suka menonton Ariana Ross" katan Tengku Iskandar dengan nada selamba. Memandangkan ini Zaman lama, tiba-tiba cakap macam tu. Dan semuanya spontan dan tak dijangka, satu Teater tu ketawa. Kalau ikutkan banyak lagi yang kelakar lebih-lebih lagi dari Kak Engku " Giler Tak Cantik?"
Pelik ?
Paling pelik bila Raja Muda dengan Sultan bahasakan diri sendiri Kita. Mungkin betullah kita. Selama ni jarang dengar lelaki sebut Kita bila Sultan ngan Raja Muda yang sebut rasa kelakar pun ada gak. ingatkan
Sultan dengan Sultan : saya/ beta
Kalau lebih santai :
"tuan hamba : Awak"
"Hamba: Saya "
Ni nak naik buaian nyanyi lagu " Buai laju-laju, aku nak kawen ngan anak raja " hahahaha . :P