Ucapan hari jadi- untuk mama dan ayah

12:00 AM 0 Comments A+ a-

Selamat 4 Ogos 2012,  bangun pagi dapat banyak mesej, facebook penuh, twitter pun tak kurangnya, buat  senyuman ni nak panjang sampai ke telinga. Alhamdulilah, akhirnya aku dah 22 tahun. kalau ikut stage hidup, aku dah masuk alam dewasa.

bukan lagi kanak-kanak yang boleh guna tangisan untuk dapat perhatian,
bukan lagi remaja yang boleh guna pemberontakan untuk dapat perhatian
tapi dah masuk alam dewasa untuk belajar untuk bertanggungjawab dan bagi perhatian pula.



Le me, tak tau umur berapa... =)


Mama,

Terima kasih atas semua yang mama dah buat sejak yana lahir sampai sekarang.Dengar mama sedih sebab tak tau yana cukup makan ke kat UKM sedangkan dekat rumah banyak makanan memang lucu. sebab UKM tu bukannya jauh dari rumah. tapi bila fikir balik, benda tu sebenarnya sangat menyenangkan. Bila mama telefon tanya makan apa? buat yana nak balik rumah je. last sekali keluar kolej duduk rumah. he..

mama, budak perempuan kat atas tu dah berusia 22 tahun. Untuk jaga yana dari sekecil tu sampai sekarang ni, mesti susah kan? berapa banyak keinginginan mama perlu diketepikan sebab bagi laluan dekat kitorang adik beradik? fikir pasal ni, buat yana sedih jugak. Mama, yana akan berusaha baik-baik supaya satu hari nanti yana boleh buat mama bangga. mama, maaf sebab banyak buat salah.  Yana selalu bagitaw Allah, yana sayang mama.


Mama,  lagu ni untuk mama, liriknya sesuai untuk disampaikan untuk mama. Bila dengar je teringat mama.







Ayah,

Ayah terlalu protective. Kalau keluar rumah,  ayah akan kol lebih dari sekali. Sampai kawan ingat itu boyfriend Yana. Tapi Yana tahu, sebenarnya ayah risau, sebab tu lah selalu kne update liyana dah ada kat mana, buat apa. Dah jadi kebiasaan dah. Kalau tak habislah. Sampai kawan gelar ayah Castello. Diorang cakap yana beruntung dapat ayah yang sangat caring. he..he.. Ayah, yana dah besar. tapi kat mata ayah yana masih budak kecil. Ayah sebenarnya yang dah berusia. sebab tulah yana nak kerja lepas habis belajar. Tak nak amik master dulu. mungkin dah sampai masa untuk jadi dewasa. Ayah nampak penat tapi masih boleh senyum. ayah , lagu Korea ni sesuatu untuk gambarkan ayah. dia dalam bahasa Korea tapi ada lirik bahasa melayu (sorry, tak guna lagu P. Ramlee.. he..he.. )