Kita semua anak Malaysia

3:01 AM 0 Comments A+ a-




Selamat hari Malaysia!  Malaysia dah 52 tahun dah!

Yes. Malaysia baru 52 tahun, bukan 58 tahun. Itu kemerdekaan tanah Melayu tak termasuk Sabah dan Sarawak.

 Merdeka,  hari untuk kita akan mengimbau kembali  bagaimana perjuangan dan pengorbanan datuk , nenek moyang kita.

 Merdeka, kita toleh ke belakang. Pastikan kita tidak mensia-siakan semua yang mereka bina untuk kita. Ada di antara mereka tidak berkesempatan merasa hasil usaha mereka. Namun, mereka ikhlas, untuk kita....

Generasi yang mungkin tidak tahu kenang budi.

Hari Malaysia,  sepatutnya menjadi simbol penyatuan  bukan sahaja 13 negeri tapi seluruh isi yang ada di dalamnya.

Hari Malaysia, sepatutnya membuat kita lihat kembali pembangunan dan pencapaian yang telah kita capai selama ini.

Hari Malaysia adalah hari di mana kita fikir tentang anak cucu kita, supaya mereka dapat rasai apa yang kita rasa atau lebih lagi. Supaya mereka bangga dengan kita sebagaimana kita bangga dengan atuk nenek kita.

Dan bukan sebagai generasi yang pentingkan diri sendiri.


Aku lahir 4 Ogos 1990, di hospital besar  Kuala Lumpur. Dan aku yakin,  pada masa yang sama, katil sebelah mak aku, pasti ada bayi -bayi yang lain menangis, sama macam aku.

Kulit kami berbeza, ada yang sawo matang,  ada putih melepak, ada yang agak gelap sedikit. Kami mungkin berbeza bangsa dan agama. Tapi di surat beranak tertulis kami warga Malaysia.

Sepanjang kami membesar, kami perlu lalui tadika, sekolah rendah, ambil UPSR, sekolah menengah, ambil PMR, ambil SPM.

Kami diberitahu banyak kali bahawa ini negara kami. Hafal rukun negara, nyanyi negaraku, lagu keranamu Malaysia dan sebagainya.

Walau di mana pun bayi yang lahir sama masa, tempat, dan sebagainya itu, aku yakin , kita semua lalui 17 tahun pertama kehidupan yang lebih kurang sama.


TAPI

Semuanya berbeza di alam dewasa. Warna kulit kami semakin jelas bezanya.  Tiba-tiba kami diberitahu tentang agenda tersembunyi  masing-masing.

Aku diberitahu, Cina dan India  nak rampas hak Melayu. Dan kawan-kawan aku diberitahu, Melayu nak usir mereka.

Sebelum ini, 1Malaysia katanya. Apa yang satu? Adakah ketika seseorang bukan bumiputera itu bergelar Nicol Ann David? Lee Chong Wei?





Atau seperti Datuk Jimmy Choo dan Datuk Michelle Yeoh,  walaupun dah tukar kerakyatan, kita masih lagi panggil mereka rakyat Malaysia. 

Double Standart!

 Sebelah tu pereka fashion terkenal  Zang Toi.



NEXT.

Tengok pelarian Syria. Kau pun sedih, kutuk negara Eropah, kutuk negara Arab, sibuk marah negara kita kenapa tak ambil je pelarian itu.

Sedangkan kau, asyik suruh warganegara kita sendiri untuk keluar sekiranya tidak bersetuju atau suarakan pendapat mereka. Kau nak mereka jadi pelarian. Jadi apa bezanya kau dengan negara arab dan Eropah?

Cuba fikir, sekiranya perang belaku.

Adakah kita mahu membahagi-bahagikan rakyat kita.

Bumiputera di barisan hadapan. India dan Cina pula tak payah ikut sangat, ini bukan negara mereka pun.

Benar, atuk nenek mereka pendatang dari negara China dan India. Tapi mereka tidak. Mereka dilahirkan di sini dan lalui setiap detik yang kau lalui.

Sama macam kita, Parameswara dari Palembang, Palembang itu di Indonesia. Oh, kau keturunan bugis? kau keturunan arab ? kau keturunan??? ha? Still not Malaysian.

Melayu sendiri datang dari pelbagai latar belakang. Jadi jangan gunakan alasan itu untuk halau orang.  Atuk nenek kita ada hak. Sebab atuk nenek kawan-kawan kita tu memang pendatang.

Tapi sekarang? kita semua sama je.

THINK ABOUT IT.

Nak marah Cina kuasai ekonomi? Tanya atuk , nenek, mak, ayah kita, mana tanah turunan nenek moyang kita?


Contoh.

 Bila orang jual nasi lemak, kau pun jual nasi lemak. Nak lawan  mana lagi sedap.  Misi kau nak buktikan  orang kat sebelah kau lebih baik. 

Lepas tu datang apek jual nasi lemak dengan air, kau pun marah cakap dia nak cantas perniagaan melayu. Sedangkan kau sendiri tak pandai berniaga. Mungkin kau patut tambah lagi  pilihan atau cantikkan lagi gerai kau untuk tarik pelanggan.

 

Mentaliti

Ingat  kes orang-orang kita panik nampak salib, siap buat demo suruh turunkan salib tu. Takut anak-anak hilang akidah. Kelakar, sepatutnya kau ajar anak kau supaya tak senang terpengaruh.

Aku dari sekolah rendah jenis kebangsaan. Kadang-kadang kawan-kawan aku cerita pasal agama Buddha, diorang selalu jgak makan pork depan aku. Tapi diorang tahu batas, mak ayah dah cakap, jangan bagi budak melayu daging babi. Bulan puasa, diorang tak nak makan depan aku. Ye, ini cerita sekolah rendah. Tujuh  hingga 12 tahun. Dah tahu hormat.

Tapi aku masih Melayu, Islam. Semua ini terpulang kepada diri sendiri, kenapa kita asyik nak salahkan orang lain sedangkan kita boleh betulkan keadaan bermula dari dalam diri kita sendiri.


Tolonglah. Sekarang dah tahun 2015. Kita sepatutnya bersatu bukannya bergaduh. Hak kita, hak mereka itu semua kisah zaman 1960an. Masa atuk nenek kita. Sekarang kita semua membesar sama-sama, tak akan nak jerit pasal hak lagi.

Usaha, lakukan pesaingan secara sihat. Rezeki kan dari Allah.Tak ke mana hilangnya rezeki tu. Lagipun, kita dah ada keistimewaan dari banyak segi. Kenapa nak melatah lagi? Usaha, usaha, usaha.

Kalau nak sangat cerita pasal sejarah. Orang Asli patut sumpit kita semua keluar Malaysia. Kita tak ubah macam orang kulit putih Amerika yang nak halau orang kulit hitam Afrika. Sedang mereka sendiri dari Britain. Red Indian patut sumpit mereka keluar.

Aku betul-betul berharap kita boleh sama-sama berbangga dengan bendera Malaysia. Dan gambar ini,  bukan sekadar  propaganda. 







Rasis memang wujud dalam setiap kaum tak kiralah Melayu, Cina, India, Mat Salleh, Orang Mexico atau sebagainya. Tapi jangan biarkannya menguasai diri . Cukup.

Oh ya, nak pertahankan ketuanan melayu? Jom didik anak-anak dengan tulisan jawi,  bagi mereka dengar lagu-lagu irama Malaysia, ajar mereka adab-adab Melayu, Ajar mereka seni persilatan Melayu. Semai dalam diri itu dengan ciri-ciri kemelayuan. Nescaya, tak akan Melayu hilang di Dunia.

Oh ya, jangan jual tanah yang nenek moyang kita turunkan pada kita tu. Walaupun adik beradik kita nak bunuh sama-sendiri sebab harta. Kalau betul nak jaga hak Melayu. 

Bukan pakai Seluar Jeans, baju T-shirt dan jerit

"Jangan persenda hak Melayu"