Anda cinta atau anda obses?

3:22 AM 0 Comments A+ a-

Cinta atau obsession? satu persoalan yang semua orang malas nak fikir. Macam mana nak bezakan? ramai je yang tak kisah kne pukul dengan boyfriend  ( atau suami tapi malas nak sebut suami, nanti jadi isu ) , tapi masih setia dengan alasan cinta. iya, saya pernah lihat kedua-duanya dan setiap kali saya tanya si perempuan kenapa tak melawan, jawapannya adalah sebab sayang. kalau ditanya lelaki tu kenapa pukul, jawapannya sebab cemburu. Cemburu kan sayang (o.k,  yang ni saya tak pernah tanya la nanti saya yang kne lempang sebab tak SAYANG mulut.. he..he..) 




Di sini ada drama pendek, rasenye, tak pun filem pendek yang dihasilkan oleh kumpulan kami yang terdiri daripada Ketam, Hafiz,  Nadia, Solehah, Ain , Ratcha, Loges, Fatin Sakinah dan Mustaqim.  ianya mengenai cinta yang obses. Kami hasilkan ini untuk kos Kesihatan Mental. Jadi sesiapa yang terlibat , anda tak jahat, anda cuma sakit mental, dan ada traetment untuk pulih... so enjoy watching and thinking...





Faham tak? memang Kami anak media diajar untuk membuat cerita yang memerlukan manusia berfikir. he..he.. alah2, ala2 Yasmin Ahmad punya ceritalah...  by the way, cerita ni sesuai plak ngan lagu ni.. (maaflah lagu Korea lagi, tapi lagu diorang ada banyak maksud.. nak buat camne, rap dia sedap..he..) ... Lagu ni kisah wanita tu bakar lelaki yang obses dengan dia. pada lelaki tu ianya cinta, pada perempuan itu, ianya obses... jadi sesuailah. tgok Eng sub dia.. 


P/s: saya tidak menggalakkan sesiapa melakukan ini ye?  enjoy watching and listening... ^_^ 


Sebenarnya saya tak ada jawapan untuk cinta atau obses sebab saya pun tak bercinta.  he..he.. tapi  orang kata cinta itu buta dan membutakan.. hahahha.ada juga kata cinta yang betul perlukan sebuah pengorbanan. 

ada juga yang kata kalau kita mahu orang itu bahagia sedangkan kita tidak termasuk dalam kebahagiannya itu dikira cinta,.. hahahaha .. 

lebih afdal  tanyalah yang pakar yea. tapi saya rasa tetap tak ada jawapan sebab ianya berbeza bagi setiap individu. setiap orang pun akan bagi pandangan berdasar apa yang difikirkannya benar. jadi, tak taulah. 

dan sebenarnya, kami hendak menambahkan viewers untuk video kami... hahahhaha... Thankz for those who watching..btw, keep watching, keep watching.. . ^__^ 



Kalau anda tahu jawapannya dan ada cerita nak dikongsi... feel free to say what on your mind but no offended comment. o.k?