Kita semua anak Malaysia

3:01 AM 0 Comments A+ a-




Selamat hari Malaysia!  Malaysia dah 52 tahun dah!

Yes. Malaysia baru 52 tahun, bukan 58 tahun. Itu kemerdekaan tanah Melayu tak termasuk Sabah dan Sarawak.

 Merdeka,  hari untuk kita akan mengimbau kembali  bagaimana perjuangan dan pengorbanan datuk , nenek moyang kita.

 Merdeka, kita toleh ke belakang. Pastikan kita tidak mensia-siakan semua yang mereka bina untuk kita. Ada di antara mereka tidak berkesempatan merasa hasil usaha mereka. Namun, mereka ikhlas, untuk kita....

Generasi yang mungkin tidak tahu kenang budi.

Hari Malaysia,  sepatutnya menjadi simbol penyatuan  bukan sahaja 13 negeri tapi seluruh isi yang ada di dalamnya.

Hari Malaysia, sepatutnya membuat kita lihat kembali pembangunan dan pencapaian yang telah kita capai selama ini.

Hari Malaysia adalah hari di mana kita fikir tentang anak cucu kita, supaya mereka dapat rasai apa yang kita rasa atau lebih lagi. Supaya mereka bangga dengan kita sebagaimana kita bangga dengan atuk nenek kita.

Dan bukan sebagai generasi yang pentingkan diri sendiri.


Aku lahir 4 Ogos 1990, di hospital besar  Kuala Lumpur. Dan aku yakin,  pada masa yang sama, katil sebelah mak aku, pasti ada bayi -bayi yang lain menangis, sama macam aku.

Kulit kami berbeza, ada yang sawo matang,  ada putih melepak, ada yang agak gelap sedikit. Kami mungkin berbeza bangsa dan agama. Tapi di surat beranak tertulis kami warga Malaysia.

Sepanjang kami membesar, kami perlu lalui tadika, sekolah rendah, ambil UPSR, sekolah menengah, ambil PMR, ambil SPM.

Kami diberitahu banyak kali bahawa ini negara kami. Hafal rukun negara, nyanyi negaraku, lagu keranamu Malaysia dan sebagainya.

Walau di mana pun bayi yang lahir sama masa, tempat, dan sebagainya itu, aku yakin , kita semua lalui 17 tahun pertama kehidupan yang lebih kurang sama.


TAPI

Semuanya berbeza di alam dewasa. Warna kulit kami semakin jelas bezanya.  Tiba-tiba kami diberitahu tentang agenda tersembunyi  masing-masing.

Aku diberitahu, Cina dan India  nak rampas hak Melayu. Dan kawan-kawan aku diberitahu, Melayu nak usir mereka.

Sebelum ini, 1Malaysia katanya. Apa yang satu? Adakah ketika seseorang bukan bumiputera itu bergelar Nicol Ann David? Lee Chong Wei?





Atau seperti Datuk Jimmy Choo dan Datuk Michelle Yeoh,  walaupun dah tukar kerakyatan, kita masih lagi panggil mereka rakyat Malaysia. 

Double Standart!

 Sebelah tu pereka fashion terkenal  Zang Toi.



NEXT.

Tengok pelarian Syria. Kau pun sedih, kutuk negara Eropah, kutuk negara Arab, sibuk marah negara kita kenapa tak ambil je pelarian itu.

Sedangkan kau, asyik suruh warganegara kita sendiri untuk keluar sekiranya tidak bersetuju atau suarakan pendapat mereka. Kau nak mereka jadi pelarian. Jadi apa bezanya kau dengan negara arab dan Eropah?

Cuba fikir, sekiranya perang belaku.

Adakah kita mahu membahagi-bahagikan rakyat kita.

Bumiputera di barisan hadapan. India dan Cina pula tak payah ikut sangat, ini bukan negara mereka pun.

Benar, atuk nenek mereka pendatang dari negara China dan India. Tapi mereka tidak. Mereka dilahirkan di sini dan lalui setiap detik yang kau lalui.

Sama macam kita, Parameswara dari Palembang, Palembang itu di Indonesia. Oh, kau keturunan bugis? kau keturunan arab ? kau keturunan??? ha? Still not Malaysian.

Melayu sendiri datang dari pelbagai latar belakang. Jadi jangan gunakan alasan itu untuk halau orang.  Atuk nenek kita ada hak. Sebab atuk nenek kawan-kawan kita tu memang pendatang.

Tapi sekarang? kita semua sama je.

THINK ABOUT IT.

Nak marah Cina kuasai ekonomi? Tanya atuk , nenek, mak, ayah kita, mana tanah turunan nenek moyang kita?


Contoh.

 Bila orang jual nasi lemak, kau pun jual nasi lemak. Nak lawan  mana lagi sedap.  Misi kau nak buktikan  orang kat sebelah kau lebih baik. 

Lepas tu datang apek jual nasi lemak dengan air, kau pun marah cakap dia nak cantas perniagaan melayu. Sedangkan kau sendiri tak pandai berniaga. Mungkin kau patut tambah lagi  pilihan atau cantikkan lagi gerai kau untuk tarik pelanggan.

 

Mentaliti

Ingat  kes orang-orang kita panik nampak salib, siap buat demo suruh turunkan salib tu. Takut anak-anak hilang akidah. Kelakar, sepatutnya kau ajar anak kau supaya tak senang terpengaruh.

Aku dari sekolah rendah jenis kebangsaan. Kadang-kadang kawan-kawan aku cerita pasal agama Buddha, diorang selalu jgak makan pork depan aku. Tapi diorang tahu batas, mak ayah dah cakap, jangan bagi budak melayu daging babi. Bulan puasa, diorang tak nak makan depan aku. Ye, ini cerita sekolah rendah. Tujuh  hingga 12 tahun. Dah tahu hormat.

Tapi aku masih Melayu, Islam. Semua ini terpulang kepada diri sendiri, kenapa kita asyik nak salahkan orang lain sedangkan kita boleh betulkan keadaan bermula dari dalam diri kita sendiri.


Tolonglah. Sekarang dah tahun 2015. Kita sepatutnya bersatu bukannya bergaduh. Hak kita, hak mereka itu semua kisah zaman 1960an. Masa atuk nenek kita. Sekarang kita semua membesar sama-sama, tak akan nak jerit pasal hak lagi.

Usaha, lakukan pesaingan secara sihat. Rezeki kan dari Allah.Tak ke mana hilangnya rezeki tu. Lagipun, kita dah ada keistimewaan dari banyak segi. Kenapa nak melatah lagi? Usaha, usaha, usaha.

Kalau nak sangat cerita pasal sejarah. Orang Asli patut sumpit kita semua keluar Malaysia. Kita tak ubah macam orang kulit putih Amerika yang nak halau orang kulit hitam Afrika. Sedang mereka sendiri dari Britain. Red Indian patut sumpit mereka keluar.

Aku betul-betul berharap kita boleh sama-sama berbangga dengan bendera Malaysia. Dan gambar ini,  bukan sekadar  propaganda. 







Rasis memang wujud dalam setiap kaum tak kiralah Melayu, Cina, India, Mat Salleh, Orang Mexico atau sebagainya. Tapi jangan biarkannya menguasai diri . Cukup.

Oh ya, nak pertahankan ketuanan melayu? Jom didik anak-anak dengan tulisan jawi,  bagi mereka dengar lagu-lagu irama Malaysia, ajar mereka adab-adab Melayu, Ajar mereka seni persilatan Melayu. Semai dalam diri itu dengan ciri-ciri kemelayuan. Nescaya, tak akan Melayu hilang di Dunia.

Oh ya, jangan jual tanah yang nenek moyang kita turunkan pada kita tu. Walaupun adik beradik kita nak bunuh sama-sendiri sebab harta. Kalau betul nak jaga hak Melayu. 

Bukan pakai Seluar Jeans, baju T-shirt dan jerit

"Jangan persenda hak Melayu"

Hari Ini

7:57 AM 0 Comments A+ a-

Entry ke-dua untuk tahun ini.

Yup, baru kedua.  And sekarang dah bulan Ogos.  Hahaha...  Memang pelik aku punya blog ni. tak reti nak hias lagi. ada button yang tak ada fungsi. Nantilah aku belajar dengan blogger lain. Tapi kan,  siapa je baca blog ni.


O.K, sepatutnya aku dekat gym ni, jumpa si Nisa, tapi semalam balik pukul 12.  Update pasal perlumbaan F1 Di Belgium. (Yeay! Hamilton dapat petak hadapan lagi!) So, aku tak larat nak bergym pagi-pagi ni. (Sepatutnya malam kan Nisa, knapa tukar pagi, tapi bagitahu pun pagi? T_T)

O.K, sementara tunggu F1 semalam,  dah berapa banyak video Marcus Butler aku dah tengok. Senyum sorang-sorang macam orang gila kat office.

p/s: aku dah terpengaruh nak beli buku dia. Selain muka dan loghat dia memikat hati, aku baca review], semua kata 'good for life!'.  Dia macam mat lutfi jugaklah kiranya.  (Tapi aku x baca habis pun buku mat lutfi tu lagi. hahaha)

I want this book so badly... Tapi malas nak pergi  kinokuniya, dan aku plak tak suka nak beli on9. Macam Marcus cakap,  "I don't understand woman!!" hahahaha... :P




By the way, ada satu video dia,  Reacting to our first Collabs,  

Dia ketawa terbahak-bahak tengok bengongnya video dia dan kawan dia dulu-dulu. Well, basically, benda yang sama berlaku kelmarin.

Sembang-sembang ngan kak aminah ( junior aku),  rupa-rupanya dia seorang blogger gak. Tapi katanya dia tulis untuk suka-suka.

So, lepas bertukar blog untuk baca, dia jumpa satu entry  aku bertajuk  "are you vegetable?"

Tengok kak min senyum baca, aku pun baca balik. Amboi, susah benar aku nak buat interview dulu. hahaha... Nervous bagai. Sekarang ni 'jolok' je and tanya. Tak sempat nak nervous-nervous ni. Orang yang ditemu bual yang nervous.

Benda itu buat aku sedar sesuatu.

Mungkin perkara yang aku bimbang hari ni, sebenarnya tak adalah teruk mana. Ye, memang keputusan hari ini akan mempengaruhi hari esok. Tapi kalau kita asyik habiskan hari ini dengan fikir tentang hari esok atau semalam, selamanya kita tak akan pernah rasa aman.

Sama macam apa yang Marcus buat dengan kawan dia buat dalam video tu. Ketawa balik tengok apa diorang buat. Siapa tahu, benda bodoh diorang buat dulu,  bila tengok balik, memang memalukan. But that moment will never come back.

Dulu, aku ngan geng sekolah menegah agak tak dengar cakap and nakal. Langgar peraturan sekolah. Contoh, datang lambat ke sekolah, bawa telefon. tampal gambar retis atas meja,  hantar surat cinta misteri dekat ketua kelas (Yang ini, sampai cikgu baca kuat-kuat dalam kelas dan nak cari siapa yang tulis, Fuh! sampai sekarang tak jumpa agaknya. hahaha..).

Tapi seorang cikgu tu pernah cakap,

"Tak apa, waktu-waktu macam ini lah nak buat semua tu, kalau dah besar cikgu nanti, hodoh pulak nampaknya."

Betul. Memang memalukan tapi kenangan tu indah. Hei, tapi tak bermaksud, kau patut abaikan pelajaran pula. Belajar-belajar juga, main-main juga. Tak dapat keputusan cemerlang tak apa, jangan berhenti belajar je. Masuk  kelas Vokasional pun belajar jugak. Paling penting, nikmati apa yang kau buat sekarang.  :)

Aku ada jugak pelan untuk masa hadapan. Tak adalah selamanya aku nak jadi wartawan.  Waktu makan malam semalam, aku dengan kawan sekerja dah bincang,  lepas ni nak sambung belajar , pastu jadi pensyarah.

Jadi, sementara ini, aku nak nikmati  dunia kewartawanan puas-puas!

Mungkin satu hari nanti, bila aku baca entry ni, aku akan ketawa balik. LOL.









Hey! You are cute. Thanks for reading.  and yes, I still want Marcus Butler's book! :'D
















'Ikhlas Menegur'

5:40 AM 0 Comments A+ a-



Assalamualaikum, sihat semua :)

Apa yang mendorong aku untuk buka semula blog selepas sekian lama ni? Hahahaha...

Yup, sebab nak bagi 20 sen tambah GST berkenaan isu lurah faraj  ahli gymnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi yang menjadi buah mulut orang ramai.

Pertama sekali,  nak ucapkan tahniah pada orang yang mula-mula hantar komen terbuka dekat twitter Farah. Mungkin niat asalnya nak menegur, tapi sekarang dia dah jadi punca fitnah buat Farah.

 Sekarang,  media berbolak balik isu yang sama. Orang mula memperlekehkan agama Islam, perkara ini sampai tahap cyberbully buat Farah. Tak ada siapa pedulikan apa perasaan dia. Kes dia macam ini:


Credit: Pentingnya Faham





Bukan nak menyokong tindakan Farah, sebab terang-terang dia tak sempurna dari segi pemakaian cara Islam. Iya, aku pun belum lagi. Selagi kita tak yakin pakaian kita tu boleh dipakai waktu solat, maksudnya selagi tu kita tak tutup aurat dengan sempurna. Jadi, aku pun belum lagi. Hijrah ini boleh dibuat pelahan-lahan. Aku tak berani cakap banyak sebab hal ini hanya Allah je yang tahu.

Pada aku, Allah maha memahami. DIA tahu sejauh mana usaha umatnya itu, sikit-sikit dia bukakan hati sampai satu hari betul-betul berubah. Contoh Felixia Yeap, bekas model playboy. Aku dan Kau mungkin lebih lama  bergelar Islam dari dia, Aku Kau mungkin tak pernah buat dosa besar macam dia, tayang badan buat aksi menggoda kat media sosial dan sebagainya  tapi sekarang ini, ko yakin tak, dosa kita lebih sikit dari dia? Siapa yakin tu tahniah lah lagi sekali. sebab aku tak.

Nampak tak, kalau Allah mahu seseorang itu berubah, maka berubahlah dia. Dah kata hidayah milik Allah.

Cuba fikir,  kau rasa teguran kau tu mendekatkan lagi dia dengan tuhan ke atau menjauhkan lagi dia dengan tuhan. Silap tak silap, dia dah rasa menyesal dilahirkan Islam. Sebagaimana kau buatkan orang  bukan Islam memperlekehkan agama Islam sebagai kolot. Memanglah kau dah buat bahagian kau, tapi tengok tak hasilnya. Matlamat tak menghalalkan cara.

Dulu masa aku free hair,  golongan yang paling aku takut dekati ialah golongan Alim. Sebab aku rasa diorang jijik dengan kehadiran aku.  Walaupun aku selalu kagum dengan keupayaan diorang melawan nafsu dunia. Aku bayangkan aku seperti orang 'miskin' yang mengagumi 'si kaya'. Malangnya, si 'kaya' mempertikaikan 'kemiskinan' aku , berbanding membantu aku sedar hikmah menjadi 'kaya.' Bagaimana nak jadi 'kaya'. Syok tak jadi 'kaya'. Jadi, aku pun rasa tak layak dok kalangan 'orang kaya-kaya'.

Aku mula teringin nak pakai tudung pun sebab nasib baik ada seorang orang 'kaya' ni. Dia tak malu pun kawan ngan golongan-golongan 'miskin' macam aku. Tak pernah sekali pun dia tegur 'kemiskinan' aku. Tapi dia tunjukkan dengan akhlak dia. Jadi aku rasa tertarik nak jadi sama seperti dia. Walaupun jauh lagi antara aku ngan dia, tapi aku dah berganjak sikit-sikit, tuhan tahu. Dan aku harap Allah bagi ganjaran pada dia sebab dia berjaya buat aku faham indahnya suruhanNYA. 

Daripada dia cerita kat aku betapa peritnya neraka, dia lebih suka cerita betapa cantiknya syurga. Jadi perkara baik yang aku ikhlas lakukan selama ini bukan disebabkan takutnya aku dengan neraka Allah, tapi sebab aku teringin nak tinggal di SyurgaNYA..

Aku tak salahkan Farah mahupun family dia. Mungkin dari segi Islam, mereka 'miskin' ilmu. Sama seperti aku.  Mereka tak dikelilingi dan dibesarkan dengan persekitaran seperti 'orang kaya' ilmu islam.

Pernah tak kau terfikir, kenapa ada golongan yang 'tidak diredhai Allah'. Waktu kecil, aku  pernah tengok satu drama, anak orang anak melayu dan India tertukar.  pelakon dia Vanida Imran.
Aku tanya mak aku,

"Dosa tak dia, dia dilahirkan Muslim tapi disebabkan dia tertukar, dia membesar dalam keluarga Hindu"

Mak jawab tak, sebab dia tak tahu sebelum ini yang dia tu Islam.

Aku tanya lagi, " Kalau macam itu, kawan-kawan  (aku kan sekolah cina dulu) dan mak ayah diorang tak salah juga. Diorang dilahirkan memang terus beragama itu. Jadi itu, diorang percaya. Takkan diorang dilahirkan untuk masuk neraka?"

Mak aku diam je. Tapi  dah besar ni, aku tahu jawapannya. Jawapannya pada orang yang 'Kaya' macam kaulah.  Kau patut membimbing, bukan mempertikaikan semuanya. Bantu orang macam aku dan Farah faham. Bukan dengan kata-kata keji. Dia tak kenal korang tetiba je kau serang dia.

Jadi  macam kes Farah, sekiranya tiba-tiba orang yang berlagak alim datang, tak bagi salam dan cakap

"Farah berpakaian macam ini, aku tak ingin nak jadikan kau isteri aku.", atau "Terima kasih kerana jadikan abang sebahagian daripadanya tanpa perlu membayar mahar."

Aku akan automatik cop diorang ni gatal. PERIOD.  Terus terang, Farah bukannya masuk playboy atau berpeluk-peluk ngan laki macam dalam drama 'sweet, sweet'. Pakai tudung tapi pegang-pegang.
Dia dapat emas untuk negara atas hasil usaha dia sendiri.

Iya, emas memang tak boleh bawa masuk syurga. Tapi atleast nampak tak dedikasi dia dan potensi dia. Sedang lakukan sesuatu untuk negara. Demi Allah,  aku selalu je nampak couple yang perempuan tu pakai tudung, tapi pegang-pegang tangan kat shopping mall, kat taman, kat sekolah. Aku pelik gak, knapa orang sekeliling ni tak tegur ke? Ke nak tunggu kat laman sosial baru berani?

The point is, dia tak buat kesalahan besar sangat sampai kau nak jadikannya Fitnah. Dia cuma bersukan dan berpakaian seperti ahli sukan lain. Teguran kau tu silalah berhemah. Tau tak, Twitter kau, instagram, facebook boleh private message. Dia tak baca? Tak apa. Atleast kau dah buat part kau.

Ini korang letak kat bahagian komen. Maka secara tak langsung,  mata yang lain tertumpu kat bahagian tu. Dari orang  tak perasan jadi tak perasan. Dari media tak tahu jadi tahu.  Dari orang tak kenal dia, jadi kenal. Makin lama makin tersebar. Bukan sukan itu je yang mendedahkan aurat, bukan dia sahaja yang mendedahkan aurat. Tapi kenapa semua orang tertumpu pada dia sekarang ini? Sebab kau yang mulakan dulu.

Ini kata-kata kawan aku, yang ak suka sangat. (Sorry Rehey, pinjam jap.)

"Aku memang yang sentiasa bodoh, 
Jadi tikamlah aku dengan gelojoh,
lalu tunjukkan senyuman paling bahagia, 
Biar semua tahu kau ahli syurga"

Bulan Ramadhan dah dekat. Sama-samalah kita bermuhasabah diri. :)

Komik ini dari FB Islamic Quote.

IslamicQuotesDotCom





Berhemah. Islam itu indah. 




Ini pun teguran ikhlas. :)