Perjuangan MERDEKA versi kini

6:25 PM 0 Comments A+ a-

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Perkataan dia atas diulangi  sebanyak tiga kali setiap kali jam menunjukkan 12 malam pada 31.sekali fikir dah macam ritual. sampai ianya dah jadi suatu kebiasaan dan bukan apa-apa yang sangat berbeza. Sampai ada yang dah malas dah nak fikir. bosan katanya. sama je  setiap tahun.

Bila Merdeka, semua pakat berkumpul ramai2, selalunya kat dataran Merdeka, buat sambutan warna-warni , melambangkan bangsa-bangsa yang ada di Malaysia. Kita memang bahagia dan bangga tapi kadang-kadang hanya untuk satu hari sahaja. Kesan sambutan selebihnya lebih terkesan pada pelancong. biasakan dengar kat berita pelancong cakap

" Malaysia is a beautiful country! I love the culture, food... etc... etc... " 

then waktu tu kita pun agak kembanglah orang puji negara sendiri. o.klah, bagus jugak bila ada yang buat kita ingat tentang betapa beruntungnya kita. tapi orang yang mengalami paranoid disorder akan cakap

" Pelancong memanglah cakap camtu, cer tinggal kat sini, baru tahu bertapa teruknya negara ni"

Orang macam ni memang lah pnat nak layan, sebab hatinya ngan otaknya tu asyik fikir negatif je. menurut ahli psikology , ianya adalah sakit mental kategori personaliti. Jadi saya doa agar orang-orang macam ni cepat sembuh. supaya diorang dapat tgok dunia ni sebenarnya indah dan tak seburuk yang disangkakan. supaya sembuh dari sakit mental yang meletihkan ini..Amin ^_^ (adoi melalut sudah)

Bila merdeka, semua berebut nak bagi definisi sendiri . Dan kebanyakan  definisi adalah berdasarkan profession sendiri. dan tak salah, semua betul. ( saya bukan ahli bahasa, jadi saya tak pakar bahagian ni). Tapi macam mana sebenarnya nak tgok yang kita benar-benar Merdeka?

Merdeka versi orang terdahulu adalah lepaskan negara ini dari jajahan orang lain. Merdeka versi kita seharusnya dapat terus bertahan dengan kemerdekaan dan ada sifat patriotik dalam diri. Siapa lagi susah? dulu atau kini?

Pada pendapat saya adalah kini lagi susah daripada  dulu. Dulu, semua orang semangat bekobar-kobar untuk dapatkan kemerdekaan. Tak payah paksa, semua suka rela je nak beri sumbangan kepada negara.

Sekarang? Dipaksa, disogok pun belum tentu kita nak beri sumbangan kepada negara. Ramai yang keliru semangat patriotik dengan politik. Peliklah.

Mana taknya, lahir-lahir tak diajar tentang semangat patriotik  ni tapi diajar tentang politik. Kebanyakan keluarga pun macam ni.  Jadi ramai yang keliru. apa itu semangat patriotik ? apa itu semangat politik? Macam mana kita tak suka pada pemerintah pun, kita tak patut burukan imej negara ni, buktikan aja pada pilihan raya. Bukankah  lebih berkesan?

Saya pernah pergi ke Festival Korea  dekat UITM.  memang nampak best, ada Hanbok, makanan dan permainan , semua tentang Korea ada kat situ. saya cuba semuanya. Tapi yang dalam fikiran saya adalah kan bagus kalau orang-orang luar berebut nak pakai baju kurung, baju melayu , baju cheongsam, sari style Malaysia (hey , not gangnam Style), nak makan nasi lemak atau apa je, nak main permainan kita dulu  macam konda kondi, selipa tiga dan sebagainya. Dan saya yakin , anak-anak kecil sekarang dah tak tahu main semua ni. kecuali kat kawasan kampung-kampung.

Saya minat dengan music Korea mungkin pengaruh sekolah cina dulu tapi sebenarnya saya kagum dengan cara mereka membawa Hallyu. sampai semua lentok. semua nak buat macam tu. semua nak pakai macam tu. semua nak menari macam tu. sebenarnya negara mereka pandai. saya dah kaji sikit tentang Hallyu. Sifat ingin tahu saya sangat besar kan? sebenarnya ianya adalah rancangan kerajaan mereka.

waktu Korea selatan tengah mengalami masalah ekonomi. Kerajaannya merancang untuk jual sesuatu yang menguntungkan secara senyap  iaitu BUDAYA! katanya budaya yang dijual dapat memberi pulangan yang sangat besar. Contoh, orang nak blajar bahasa mereka, orang nak beli makanan mereka, orang nak pakai barangan jenama mereka, dan sebagainya. Handphone Samsung yang ada dalam setiap drama Korea sebenarnya adalah salah satu cara nak promote ( ramai yang terpengaruh termasuk saya) . Sedangkan selebriti mereka guna Apple atau Blackberry.  Dan rancangan ni dah dilakukan dah lama dah dan sekarang hasilnya sampai ke eropah pun. Siapa tak tahu gangnam style ? gangnam tu nama tempat. kan bagus semua orang tahu style salah satu negeri dalam negara ni. Kerajaan mereka mahu semua orang membawa nama negara mereka, Motif jadi penyanyi , untuk bawa nama negara, Motif jadi atlit? harumkan nama negara. Motif jadi Doktor? berkhidmat untuk rakyat  Korea dan sebagainya.

 Jadi? kita salahkan remaja kita terpengaruh dengan budaya luar. Dan dengan semangat bercakap yang minda mereka dijajah tapi apa yang kita cuba buat? cuma berkokok sini sana tapi apa pun tak ada hasil kan?

Dan sedikit sebanyak saya pun berharap negara kita cuba jual BUDAYA kita. kenapa filem kita sangat-sangat ikut cara Barat? kalau musin hindustan, ala-ala hindustan, sekarang Hallyu, perlulah buat pengambaran di Korea je?

Berapa banyak filem yang tunjuk konsep 1 Malaysia? tak kan? filem melayu, mana ada sangat cina dan India? kalau Filem/Drama Tamil dan Cina Malaysia pun tak ada orang melayu  kan? Memang kita sebenarnya sentiasa menghantar mesej yang salah. Kita sibuk salahkan orang luar yang datang tapi knapa kita tak cuba sebarkan budaya kita?kenapa tak cuba selamatkan?

Setiap orang ada peranan masing-masing , tak kisahlah siapa pun kita, kita tetap dapat beri sumbangan pada negara ni. Seorang cikgu boleh mendidik dengan mengajar subjek sejarah dan bukan subjek politik. Seorang   ahli media boleh menulis atau boleh buat filem mengenai negara. Seorang penyanyi boleh menyanyikan lagu bersifat semangat  kebangsaan bukan  waktu merdeka je. Yang lain kalian boleh fikirkan sendiri. Pasti ada.

 Hakikatnya, permandangan yang sangat indah yang saya dapat lihat tentang semangat ke MALAYSIA an adalah sewaktu Dato' Lee Chong Wei berentap  untuk merangkul emas pada  olimpik lepas. Majoriti rakyat Malaysia bersatu, tak kira di mana pun, menyokong Dato'. sampai trending dekat Twitter.

 Bila Dato' tak berjaya memenangi pingat emas dan meminta maaf dekat twitter, semua pakat memujuk dan menyambutnya pulang dengan hati yang terbuka. waktu tu  nampak sangat 1Malaysia walaupun ada orang paranoid yang mempertikaikan sambutan itu  sebab dia kalah bukan menang.

Semangat patriotik itu ada dalam diri kita. Tipulah tak ada. Tapi  kita tak sedar dan tak tahu macam mana nak tunjukkan. cuba kalau negara luar kutuk negara kita. contoh Indonesia. Dengan cepat kita respon dan marah kan?  tulah, kita ni sweet-sweet. Cakap tak suka, tapi kalau ada yang sentuh dan kutuk negara, kita melenting. Sama macam masa Lin Dan lawan Chong Wei. Tapi tak kan semangat tu hanya nak keluar masa diserang je kan?

meh dengar apa legend kita cakap. Yang ni berkaitan dengan muzik , dan apa yang arwahyarham Tan Sri P.Ramlee memang berlaku sekarang.  dan saya salah seorang yang terkena. hahahaha.minat muzik luar takpe tapi jangan lagu sendiri pun tak nak dengar.. ( boleh aplikasikan pada benda lain jgak. think creatively )





 Jadi nak tak nak, mari kita sama-sama cuba kembalikan budaya kita yang semakin hilang. buat apa jerit MERDEKA tapi nak pakai baju kurung, baju melayu dan apa2 baju kebangsaan  pun rasa kampung, nak makan nasi lemak, roti canai pun tak ada standart kan? nak guna bahasa melayu pun tak pandai ?  tengok bangsa-bangsa  lain yang ada dalam negara ni pun pelik semacam je? macam musuh je?

Jangan dok puji negara lain kalau hanya pergi untuk seminggu dua. Orang berkahwin pun manis je kalau seminggu dua. Cuba duduk sana 5 tahun dulu, baru compare kan dengan negara ini.  Dan lagi satu, kerajaan negara luar pun tak ingin kita jadi rakyat mereka.  jadi nak dok puji melambung sangat. kata mereka jauh lebih baik dari kita. Jangan percaya Media. ianya PROPAGANDA.  Saya anak Media dan  kami diajar untuk beritahu perkara benar yang menyebelahi pihak kami. jadi kalau dok tengok kat TV ke kat mana2 ke tunjuk negara lain tu macam aman je, macam tak ada jenayah ke,  macam yang share2 kat facebook tu , sebenarnya jangan percaya seratus peratus. setakat photoshop and buat berita, sebenarnya senang je..  n plus media kerajaan dan media pembangkang, sama je, tak ada 100% benar. Jadi jangan jadi hamba pada apa yang dirancang.termasuklah yang Hallyu tu jugak. Fokuskan pada sumbangan anda pada negara mengikut kebolehan dan bidang anda. Dan sentiasa doakan kesejahteraannya. Sebenarnya ianya lebih berharga, untuk bakal cucu-cucu kita jugak.  ^_^











Dan jangan birakan pengorbanan mereka di bawah  ni sia-sia akibat media seperti gambar diatas.. =)