Are you vegetable? #OhMyEnglish!

2:48 AM 0 Comments A+ a-


Assalamualaikum, dah lama dah blog ni terperuk , sebab tuan dia sangat sibuk di dunia nyata tak ada masa di dunia maya. hahaha... .... pelikla, Fatin Liyana tu punyai banyak masa untuk menaip sedangkan dia student medic, student  medic bukan lagi BZ ke? #Streotype... TET... hahaha..

 Entry ni nak cerita sikit pasal seseorang tu, dia dapat task untuk pergi interview Prof Linda Lumsden , seorang Professor dari U.S.A  ni. Waktu tu takut tambah bekobar-kobar gak la. awal- awal lagi dah pergi tanya pakcik google , siapakah gerangan wanita tersebut? milik siapakah dia? aceh ceh... he..he.. =P

seperti biasa, Pak cik google ni, manusia mana je dia tak kenal  kan?  ( pakcik google tak kenal pun orang sedang menaip ni pun  haha.  ) Tengok-tengok dia ni rupenyer...

                                         
o.k, Dr linda. nampak macam peramah. sebab gambar ni dia senyum. so dengan keyakinan yang ada kol lah dia .

Dr Londa: " Hello !" 
Le me: "Helo? Dr Linda. My name is Sarah, I'm one of the reporter from  nadi bangi , its a campus paper, can I have some interview session with you?"
Dr. Linda: Sure! when?
Le me: When did you free?
Dr Linda:Tuesday or Thursday , 4 o'clock in my office. 
Le me; O.k! 
Dt. Linda: Bye. 


Line tak clear but rasenyer ini lah yang kami bualkan . cer tengok perbualan itu. dengan loghat Amerikanya yang pekat , dan cakap leweh-leweh... susah nak faham. 

So, salah faham pertama muncul apabila Dr. Linda ingat hari selasa and saya ingat hari khamis. so, saya dah buat Dr. dari Amerika menunggu.. adoi. kesian dia, tapi dia mengaku . line tak clear waktu kol jadi dia pun main cakap sebab dia pun tak pasti apa yang saya cakap. hahahahaha..


so, pagi-pagi ebelum interview, tengok cerita Peter Pan. amik mood cakap BI . At least tak lost, Thanks to Kelly sebab temankan waktu first day interview . Janggal lah nak cakap BI secara ilmiah dengan orang yang berilmiah. 

so everything lancar sampailah soalan tentang makanan Malaysia. Dr Linda kata dia tak makan daging dengan cepatnya saya tanya..

" Are you vegetable?" 

tak taulah Dr Linda and kelly dengar ke tak . Malunya.. *VEGETERIAN lah. semuanya sebab gemuruh . beterabur soalan. Nasib baik lepas tu tanya balik. " so, are you vegeterian?" *cover line. 

Lepas tu, dia cerita tentang pengalaman dia , dan paling tension bila dia sebut nama tempat,

" Tesi nganga, tesi nganga ." 

muka blur sebentar , tengok si kelly.kelly pun tak faham.

 Rupanya benda yang disebut adalah, Tasik Titiwangsa. 0_o" , adoi, dah buat transcribing  baru dapat tangkap

Perkara paling sayang bila dia tanya pasal hari raya Haji , saya tak dapat jawab dengan  lancar sebab bahasa Inggeris yang sangat terbatas. waktu terangkan kat dia tentang isu perkauman  buku interlok pun terbatas. sakitnya hati.

sebagai orang luar, dia beri pandangan dari sudut orang luar. Tapi sadis sebab saya tak mampu nak pertahankan sebab bahasa English yang teruk. menyesal lah gak. betul kata cikgu dulu.

" You guys memang bodoh, belajar BI dari Tadika, tapi tak pandai-pandai lagi"


ops! jangan marah cikgu saya, dia bagus.  dia marah kitorang ni waktu form 6. Waktu MUET. bahasanya memang Kasar tapi  nak buat macam mana. terima hakikat. 


Orang selalu pertikakan belajar bahasa Inggeris lupa bahasa asal. Janganlah macam tu, jadikan belajar English tu sebagai pelaburan, untuk menjual bahasa melayu. 

saya bangga dengan diri sendiri sebab terima cabaran untuk temubual Dr tu. kalau tak cabar diri sendiri selagi tu kita tak tahu tahap kita. 

Di akhir temu bual,  minta maaf dengan dia untuk bahasa English yang sangat teruk tapi dia cakap 

" No, actually I understand what are you saying and Malaysian can speak English quite well isn't it? I am Impress that you can speak my language while  I can't speak yours' 

Wah, keyakinan diri bertambah-tambah masa tu. haha... sebenarnya belajar bahasa asing tak rugi kan bahasa sendiri. saya belajar bahasa cina, jadi waktu jadi promoter dulu, saya jumpa dengan customer CHINA, saya ajar dia bahasa Melayu. 

Diorang teruja kita tahu bahasa diorang dan dengan itu mereka teruja jika diajar bahasa kita. Bahasa yang saya ajar Dr linda adalah ,

" Selamat pagi" 

sebab dia hanya tahu perkataan 'KELUAR" , sebab dia selalu jumpa ni =_="


O.k, jadi jangan risau, belajar je bahasa asing, best, nanti boleh saling tukar-tukar pendapat.  Saya aktif berkomunikasi  dengan Cassiopeia dari luar negara, oleh kerana mereka dari pelbagai pelusuk dunia, jadi Inggeris adalah bahasa perhubungan kami. Tapi tak bercakaplah, cuma taip jer. sebab tu lagi yakin menulis dari bercakap dalam bahasa Inggeris. Jadi amik peluang kenal dunia luar Dan kamu akan lebih bersyukur dengan semua nikmat Tuhan. Sebab otak kamu lebih terbuka. ^^)Y