Pulau Besar - Dokumentari Behind The Scene

7:39 AM 0 Comments A+ a-

o.k ini last post untuk hari ni. Bukan apa, lepas ni memang dah tak update dah. cuba tengok, pasal SUKIPT langsung tak update kan?  sebab tak ada mood.

Assalamualaikum, Entry yang ni pula, nak cerita pasal pengalaman Kami, pergi shooting dokumentari. details dia macam ni.


Tempat: Pulau Besar Melaka
Tarikh: 25/26 nov 2012



Jadi selepas  subuh, muka-muka suci ni dah tunggu kat depan studio,dengan dua beg bagi perempuan dan satu beg bagi lelaki. ( ni jelouse nih, napa lelaki tak bawa beg banyak? ) . Lepas cek kamera, tripod, monopod semua cukup, kami pun gerak ke Melaka.

so mula-mula sampai jeti pulau besar. hurm. dah rasa macam bercuti. saya suka laut. jadi sukalah dapat shoot kat Pulau. walaupun tugas ni ditanggung 100% oleh duit poket sendiri. ^_^ )Y

so, itu  Pulau Besar





Orang paling semangat.... ehem..ehem.. hahaha 


Sini adalah tempat yang kami lawati ^0^ (sepatutnya) 

Sampai Jeti terus cari orang untuk di interview

Sampai-sampai  pulau,  nampak kucing comel ni.. cuba tengok, apa yang unik pasal dia?  


p/ss: mata dia.. 

Nampak tak, kitorang shoot lagi... he..he..he.. That's me and my team
Inilah "office" orang yang tinggal disini. siap ada walisongo punya "gambar", saya tak berani nak cakap apa-apa kat sini. serahkan pada yang Pakar, sebab memang seram juga dengar pandangan orang-orang kat sini.



ada macam -macam cerita tapi biarlah semuanya dirungkai dalam Dokumentari kitorang nanti. Sebab saya risau juga. Kat sana Kami jaga mulut walaupun ada banyak perkara yang buat kitorang rasa nak "tercarut" sampai kawan kristian cakap " kenapa takut, kan ada tuhan?' 

tapi selagi tak balik, selagi tu mesti behave. nasib baik kami kesana sini dengan beg yang ada surah  Yasin. sebab demi Allah, tempat tu memang mistik. Yelah, tempat orang buat hajat.

*dalam banyak2, saya cuma yakin dengan bilal tu je. waallahualam.

Ini saya dan zyzy, saje je buat muka.



yang ini juggle tracking. nak pergi batu belah. Tempat orang buat hajat. 

Pengarah nak ambill shoot di Batu Belah. 


Geng moto!! Yeay!! ^0^)Y

Technician kitorang , Encik Yusof ,  mesej bini ler tu.. he..he.. 

duduk di tepi pantai, tunggu matahari terbenam. 

Shoot "jejak Kaki" 



2nd day: Pulau Besar, lepas subuh/

lepas jer sembahyang subuh. saya rasa tak nak tido walaupun penat semalam tak habis. gigih nak keluar bilik gak. naseb baik kak ain nak join... (kak ain memang sama minat dengan saya). Jadi ternampak matahari terbit ni.  ( sebenarnya lebih awal, waktu tu tak bawak kamera) 

o.k, setelah bergegas dapatkan kamera kat bilik Dr shah ngan abang Yusof, o.k, kitorang kacau beliau-beliau ni yang sambung tidur lepas subuh, then kejut Viki, yang memang tak bangun subuh tu  untuk ambil tape, akhirnya termakbul tak hajat nak merakam. ?

gigih tak farhana rakam? .. hurm.... 



Gambar ngan sun Rise. Yeay!! ^0^ 
 
Suka gambar ni, (walaupun orang cakap nampak gemuk), sebabnya kucing ni , dia sangat jinak, ikut jer kitorang. suka sangat, pagi-pagi depan pintu, pergi pantai pun ikot, bawa balik karang baru tau. 

hihihi.... rasa gambar ni memang cantik. macam boleh buat cover album plak. he..he.. 

Ini muka senyum sebelum junggle tracking. Handsome tak lecture kitorang? nampak muda kan? haha. ayah orang tu. Sekian.


Bila masa diorang shoot jadi model barangan camping ni ntah.. =-=" 

oo.k, dah nama Media. kamera dimana-mana. Jadi  nilah kitorang tengah  tracking .

Turun guna Tali.


Camera man yang sangat boleh dipuji, berani panjat sana sini  amik shoot. Tabik. ^0^I

yang ni muka tak handsome, sebab muka garang. Dr. Shah. pantau Shoot.

batu tinggi, O.k, saya pernah  jatuh tangga sampai bengkak muka dan sejak tu jadi gayat kalau kat tempat tinggi. Teringin nak panjat, panjat memang berani tapi jangan harap saya nak turun kalau tak ada helipkopter jemput. Jadi lebih baik tak panjat. 


Inilah bawang putih, eh, bawang hijau, tapi dah dipinang yea. 

yeay, with  Mira ^0^)Y

o.k, Dua orang ni dah berpunya, sorang isteri orang, sorang tunang orang. jadi lupakan niat anda. he..he..

Shoot terakhir sebelum habis bateri. hahaha. tunggu Feri




O.k dah tamat dah tugas shooting, apa yang mencabar sterusnya adalah editing. iya, bakal, buat muka comel di studio untuk dapat lebih masa untuk editing. tapi inikan sem akhir. nanti mesti rindu studio tu..
rindu nak jerit: 

"Encik Mi!, abang rosli!  abang Yusof!.. macam mana nak buat ni?! " 


jadi gunakan Studio sampai abang Yusof  dan abang Rosli , eh, eh, eh, Encik Yusof dengan Encik Rosli.. ( ye, Dr Shah, kakak saya tak kawen dengan diorang jadi tak boleh panggil abang.. haha)  cakap 

"asyik-asyik muka ko je sarah, bila nak balik ni ?" 

^_^)Y  


selesai editing, kalau bagus. In sha allah akan di post kan juga hasil  dokumentari tu.