Perancangan masa depan? mula dari sekarang.

5:12 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum,

Baiklah, di pagi yang masih gelap ni saya pun tak pasti knapa saya menaip entry dan bukan taip thesis. Tapi tak apa lah. dah tertaip, baik teruskan. Buat kerja jangan separuh jalan. =)

Sebenarnya di entry, nak kongsi nasihat ramai orang. yup. memang ramai yang suka sangat bagi nasihat. Orang yang tak kenal pun tetibe bagi nasihat. Kadang-kadang seronok juga jadi adik di mata orang ni. kan bagus kalau Malaysia ada anugerah 'the nation younger sister'.  boleh apply. he..he.. dan nasihatnya  tentang pelaburan masa depan.

Bila dah masuk tahun 3 ni mula terfikir, nanti nak buat apa? nak amik cabang ke mana? banyak yang perlu difikirkan bila dah dewasakan. menyesal plak masa kecik-kecik berangan nak cepat dewasa sebab terpengaruh degan cerita Disney Princess . Angan-angan pun dah macam princess jek. Hakikatnya  bau-bau bacang pun tak ada.

Dulu masa sekolah, cikgu pernah bagitau,dekat dunia ni mesti kene ada duit. Bila ada duit, baru senang semua urusan  jadi lebih lancar. Dan kita boleh tolong orang juga.

 Memanglah ini semua dunia je. tapi kalau dengan adanya duit urusan ibadahnya lebih baik kan lebih bagus.(ni ayat dalam ayat2 cinta, rasanya pak cik Fahri yang cakap sebab dia khawin dengan orang yang lebih kaya, kalau tak silap, dah lama dah baca benda ni tapi kalau nak tahu betul ke  tak tanya ustaz atau ustazah eh? =P)

 tapi betul juga tu, kalau ada duit, banyak benda yang kita boleh buat, boleh derma, boleh wakafkan harta dan macam-macam lagi. Tapi apa-apa pun, jangan sampai duit menguasai kita plak. satu prinsip yang saya suka pegang dari sekolah lagi ialah

 ' kuasai keadaan, sebelum keadaan kuasa kita'.

Tak perlu jadi lebih baik dari orang lain, orang lain ada masalah dia sendiri, ada personalitinya sendiri, ada kisah hidupnya sendiri. Jadi lebih baik jadi lebih baik dari diri sendirikan?  and buat kisah hidup dima kita watak utama dan bukannya orang lain.

Basically cikgu bagi 4 cara untuk hidup senang atau berduitlah. Katanya dalam nada gurau. Nama cikgu ni cikgu Asnah. Dia ajar MUET dulu. Nak hidup senang ada 4 cara :

 1. Dilahirkan dalam keluarga berada
2.Dilahirkan dengan anugerah kepandaian dalam tahap melampau          atau ada bakat terlampau.
 3. Kerja keras 
 4. pakai make up cantik2, then pikat anak datuk, Tan sri, agung        etc..etc.,.


Secara automatiknya yang pertama dah terbatal. dah kalau tak berbinti atau berbin  Bill gate tu tak payah berangan nak dapat yang nombor satu.

 Yang kedua, kalau ada kepandaian tahap melampau macam Adi Putra ke atau bakat luar biasa macam sesiapa yang ada bakat luar biasa tu bolehlah jual. Rasanya tak ada lagi, kalau ada mesti dah lama femes dah. tak dalah duk tlis entry pasal ni pepagi buta.

Yang ketiga plak, yang ni yang ramai orang ada kelayakan tapi masalahnya plak orang yang ada kelayakan mesti ada satu penyakit yang menghalang dia iaitu MALAS.

yang keempat, yang gifted jugakla, yang  muka ada market, boleh jual di pasaran.he..he.. Kalau tak ada market, takut tersalah jalan. lebih baik jangan ikut yang ni... buat apa berjaya dengan kejayaan orang lain.. huh , tak thrill langsung, tapi kalau dah takdir kawen dengan anak datuk atau etc..etc...  , nak buat macam mana , anggapnya rezeki. ( Jiran saya dating dengan anak datuk, dan dia sangat Hot.. he..he.. )

Jadi kita hanya ada cara ketiga, KERJA KERAS. Sayalah, tak tau plak yang lain. Cer try yang keempat, mana tau tersangkut. dulu kat sekolah bila otak dah tak boleh terima apa yang cikgu ajar, mesti kitorang akan cakap "Cikgu, saya nak kawen dengan agung je lah". Persoalannya, macam agong tu nak. .. he..he...

Bila cakap tentang masa depan, kalau masih ada nyawalah, kita tak boleh fikir tentang diri sendiri je. Umur dah 20 an, kne fikir macam orang dewasa.  mesti kne masukkan orang lain skali... buat rancangan jangka masa panjang. Atleast sampai 30 an. So sampai masa 30 an.. tak kan fikir untuk sesorang je kan?

Sebelum sepupu saya kawen,  dia bagi nasihat, bagi pihak perempuanlah.  Dia cakap

' Perempuan kalau kahwin nanti, kne dengar cakap suami, jadi sebelum kahwin, buat apa yang nak dibuat dulu, jangan nanti bila dah kahwin, baru teringin nak buat ni , buat tu, sebab waktu tu hidup, hidup bukan hak kita sorang je, kalau suami memahami, tak pe juga '

tapi dia kahwin waktu umur dia 21 atau 22, pelik jugak, waktu bila dia buat apa yang dia nak. adeh... Tapi abang ipar sangat la sporting.

Kawan saya pun sahut cabaran ni dan ikut kata hati and sekarang dia buat intern kat Korea. katanya,

FOLLOW YOUR HEART, FOR ME, IT GIVE ME A WONDERFUL VIEW OF LIFE

betul, pada saya, hati tu jujur sementara otak hanya bagitau apa yang orang lain akan fikir.dan mereka tak kan pernah senyap. pernah tgok ni?



Waktu pergi majlis perkahwinan Kak Nurul Ain, kitorang dijemput oleh adik angkat Kak Ain tu sendiri, dia lelaki, dah la dah malam, sempat lagi bagi nasihat, katanya

' Jangan nikah dengan mana-mana lelaki selagi dia tak berumur 27 tahun, sebab waktu tu dia tak habis enjoy lagi, Dia kata, lelaki, termasuk diri dia, hanya akan serius dengan hidup bila dah berumur 27 tahun ( btw, umur dia 25 tahun) , katanya perasaan nak nikah tu memang wujud sebab tengok kawan-kawan nikah  tapi buat apa kalau nak nikah  hanya sebab semua orang nikah'

Lagi satu yang paling epic dia cakap

"Perempuan jangan jadi  orang yang suka bergantung dengan lelaki  sangat. Perempuan sekarang haruslah berusaha kumpul duit sendiri, ada akaun bank sendiri, kerjaya sendiri, nanti kalau satu hari ditinggalkan suami,ada lah duit untuk diri sendiri atau yang lebih penting anak-anak."

betul apa yang dia cakap, dia seorang abang, dia ada adik perempuan, sebab tu dia bagi nasihat macam tu. Persekitaran kitorang memang memerlukan macam tu. sebab sepanjang saya membesar sendiri pun, saya dah tengok banyak penceraian, sebelum kahwin, bercinta bagai nak rak, pas kahwin , cerai , pas cerai, anak tu terkontang kanting kanting.

Penceraian paling TERUK yang saya pernah tengok, penceraian jiran saya yang Mualaf. Dia dari Kristian convert ke Islam. But cara dia ditinggalkan sangat menyedihkan. Waktu tu dia tengah mengandung anak kedua dan anak pertama dia kecik lagi, satu dua tahun kot. Waktu tu saya plak terkena kesan emosi, yelah, bila dengar anak dalam perut dia meninggal sewaktu dia dilahirkan sebab jantung lemah. mana taknya, dah nangis setiap hari.Tiap-tiap hari dengar dia cerita pasal nasib dia kat mama. waktu melahirkan tak ada suami kat sisi plak tu. Waktu baru kahwin dulu Sweet betul. Dia pun bekobar-kobar nak belajar tentang Islam. sampai nak ikut kitorang pergi mengaji. Tapi  dalam sekelip mata semua berubah,Tiba-tiba kne tinggal sebab  lelaki dia ada perempuan lain, Sekarang dia dah balik Sarawak, saya hanya boleh berdoa yang dia  dengan anak perempuan dia masih Islam, sebab family dia semua Kristian, besar betul dugaan dia.

hmm... Jadi, semua benda perlu ada persediaan. Bak kata kawan saya, sebelum kawin, kita perlu ada sekurang-kurangnya satu daripada tiga kunci.

1. Kunci pejabat
2.Kunci rumah
3. Kunci kereta

Kunci pejabat bermaksud ada kerjaya tetap. Kunci rumah bermaksud kunci rumah lah,. kalau ada kunci rumah, tak payahlah nak menyewa. dan yang ketiga kunci kereta. sebab kunci kereta nanti memudahkan urusan kesana sini.

oh, lupa nak cakap, sepupu saya cakap lagi

" kalau lelaki itu serius, dia akan fikir kehidupan bekeluarga , dan dia akan mula berusaha untuk kumpul duit untuk sediakan yang kehidupan yang terbaik dengan isterinya dengan anak-anak dia. Dan bukan berangan nak kahwin je" 


Jadi untuk masa depan, belilah sesuatu yang boleh dilaburkan, contohnya beli rumah masa sekarang, Beli kat tempat yang bakal membangun. kalau tak tinggal pun, nanti sewakan. kan dapat duit bulan-bulan untuk jangka masa panjang? Kalau tinggal , at least masa tu dah nak habis bayar dah.

Bila dah berkeluarga nanti tak adalah kita masih sibuk bekerja, rumah tunggang langgang. saya ada  ramai kawan-kawan yang ibu bapanya bekerja. Dan mereka tak ada semangat nak balik rumah selepas balik sekolah sebabnya bukan ada yang tunggu. Semua bekerja, adik kat tempat asuhan. jadi apa yang mereka buat? merayaulah.Selalunya kat shopping complex. That's why saya tak pernah pandang prejudis dekat budak sekolah yang ada kat super market. apa yang diorang nak adalah PERHATIAN. Tapi kita plak nak menuduh-nuduh. Kesian bila terpaksa guna cara macam tu untuk dapatkan perhatian keluarga sendiri. Jadi kita yang dapat perhatian ni janganlah nak bongkak. Ianya cuma nikmat lebih sikit daripada orang lain kan?

 Kadang-kadang saya join jugak pergi rumah diorang tengok VCD yang kitorang beli kat pasar malam. Pastu sama-sama masak maggi ke, apa-apa ke.  Saya suka bila Allah letak kat saya dalam kalangan mereka dulu baru dalam kalangan baik-baik dekat UKM tu. sebabnya, sekurang-kurangnya saya boleh cuba faham kedua-dua dunia. Diharapkan bila satu hari ni blog ni dibuka balik. Ianya dapat memberi inspirasi. haha. dan itu adalah salah  satu impian saya

ada masanya kita selalu habiskan masa untuk cari duit, katanya untuk keluarga, tapi kita tak ada masa untuk keluarga. Ada masanya duit tak dapat penuhi keperluan kita juga kan? Ayah saya selalu ke Oversea jugak dulu atas nama kerja. Memang rasa kurang bestlah bila no quality time with family.

Sebab tu kumpul duit dari sekarang, beli sesuatu yang boleh jadi pelaburan dari sekarang, atau pun bukak bisnes sendiri. Buat bisnes family. sebabnya bila kewangan dah agak kukuh, bila dah bekeluarga, kita boleh habiskan lebih banyak masa dengan family juga kan?kita yang merancang tapi Allah yang menentukan, jadi kita kenelah merancang. Kawan lelaki saya kat UPM cakap dia dah start kumpul duit untuk hari  masa depan walaupun dia tak tau siapa bakal isteri dia. eh, mentang2 budak ekonomi.  Tapi baguslah. Paling penting cari sesuatu yang boleh diterima dalam jangka masa panjang.  Macam yang disebutkan dia atas tadi. Susah sekarang senang kemudian.


Lecture cakap  and rasanya ayat ni dah diolah sikit supaya lagi sedap sebab dia sebut bahasa Shakespeare sangat...

' True love can wait, cause it written, no need to rush, or your life will be mess up'

dan kalau masa-masa saya buat thesis, kadang-kadang saya terfikir apalah yang jodoh saya tgah buat, kalau dia hanya makan tido , makan tido, memang nak kne sekeh, orang penat-penat buat thesis ni..

dan lagi satu, perkara yang membuat saya bangga satu hari nanti kalau anak lelaki yang saya cakap perempuan yang dia nikahi nanti adalah seseorang yang macam saya. dan  manakala anak perempuan saya pula cakap lelaki yang dia kahwin adalah macam ayah dia.  Macam saya selalu cakap yang saya nak orang macam ayah. Masculine yet sensitive. Dia ex UTK yang sangat tegas tapi most of time he gentle. and He can cook!!

 kalau nak tau apa yang diperlukan dalam perkahwinan secara kasar bolehlah tengok WE GOT MARRIED ni.  Variety show ni dia letakkan 2 artis untuk jalani cabaran selepas berkahwin. dia macam bercinta selepas kahwin jugakla.. Kat sini lah boleh tgok bukan senang, nak beli barang sendiri, rumah, simpan duit bank dan sebagainya. But yang ni variety show, semua production sediakan. paling best part jumpa mak mentua dan ipar duai.  hahahaha... =P




\\\


The only guy, my future husband should worry is  this guy, a guy who don't know that I'm exist. hahaha... tapi ni dari zaman sekolah. saya memang setia kan? haha...

Photo: legit or not? haha... (*^__^*)


Khalilah Jung Cassiopeia, Nana Kim Cassiopeia, Ain Cassiopeia, Nana Hyun , Athirah Yahya



Sebab dia ada semangat yang tak mahu kalah dalam apa-apa benda yang dia buat. That's why I hope That I will meet a guy who would never give up on me no matter what happen.

p/s: A person that never give up always look  handsome and sweet.

hey! I like this song!! I  hope someone out there work hard  for me.... Its gonna be sweetest thing ever, more than he sweet talk. Action speak louder. Please Work Hard  and smart honey!  will meet you soon... ^_^







Alrite. dah habiskan masa lebih dari 1 ke 2 Jam rasanya hanya untuk tulis ni nya.. nak buat thesis balik. Diharapkan, suatu hari nanti nanti blog ni akan menceritakan perkara yang interesting. mungkin tentang perkembang daripada sesiapa bukan sekarang kepada sesiapa pada masa akan datang? bye2!! ^_=