Cabaran Berhijab
Cabaran Berhijab
Happy Hijab Day!
So tiba-tiba terasa nak update blog. Hahaha..
Dah hampir tiga atau empat tahun aku pakai hijab secara konsisten. Dalam 25 tahun hidup. Ada pakai waktu sekolah menengah, tapi waktu ke sekolah sahaja. Habis sekolah hilang dah tudung. Terserempak dengan ustazah kat shopping mall, boleh plak menyorok. Lepas itu, kat kelas agama kena perli. Hahahaha. Rindunya zaman tu! Hampir 95 peratus pelajar kat situ sebenarnya free hair. Zaman sekarang, dah famous style hijabist, dah senang nak cari selendang dan dah banyak fesyen cantik-cantik, jadi budak-budak sekolah sekarang dah pandai pakai tudung.