Saya Amat Mencintaimu(SAM)

12:55 PM 0 Comments A+ a-

Hey, Hai, hello semua. Tujuan entry ini dibuat adalah kerana saya dah janji nak bagi MISENSCENE kat kawan saya kalau-kalau saya pergi menonton cerita SAM. 

sejujurnya saya sangat cerewet kalo bab tgok wayang ni,  sekarang kalau nak tengok Movie download je la, atau beli je kat pasar malam. RM5 satu CD.. boleh tengok puas-puas.. he... ( ANDA TIDAK DIGALAKAN MENIRU AKSI INI, HARAP MAKLUM)

Filem SAM, mula-mula tengok SAM atau nama panjangnya Saya amat mencintaimu.. ala-ala nama filem HACKS pulak.. atau nama panjangnya Hanya Aku Cinta kau Sorang..   macam best je pendekkan nama filem, nak pendekkan nama jugaklah.. SSNL.. (sebenarnya nak tulis S (square) NL, tapi takleh taip square sbb ni bukan kalkulator, ni laptop, (atau aku je yang tak tau). wuaah~~ best jugak.. he..he..

sudah-sudah jom fokus kat SAM. 

SAM, secara overall plotnya menarik  sebab kat Malaysia ni sangatlah jarang nak buat filem pasal psiko ni. Diorang lagi suka buat cerita hantu yang tak kelakar tapi buat-buat kelakar.  Sebagai orang yang belajar dalam bidang perfileman ini, rasanya mesej dalam filem ini sangat bagus. Ianya tentang Insan-Insan yang Allah pilih untuk mendapat penyakit Schizophrenia. Orang yang terpilih ini akan nampak dunia berbeza dengan kita dan dapat lihat apa yang kita tak dapat lihat. Diakhir cerita, Doktor dalam cerita SAM ini menjelaskan penyakit yang dihidapi dengan lebih details iaitu penyakit Dissociative identity disorder (DID). Orang macam ni dia ada banyak personaliti dan dia tak sedar. Kalau nak faham, tontonlah filem ni sendiri.

Walaupun waktu tengok trailer, saya dah boleh agak dah plotnya sebab basicly memang macam tu. Tapi saya sangat kagum dengan teknik pengarahan pengarah termuda Malaysia ni. Teknik kameranya cantik. Siap ada gerakan 360 darjah. Waktu Sam tembak bayangan diri dia tu. Teknik dia ala-ala filem Matrik. Untuk pengarah yang berpangkat adik.. memang terbaiklah. Teringin nak ada kat set pengambaran untuk tengok sendiri macam mana prosesnya berjalan.


Lagi satu yang saya tabik, teknik audionya. benda yang tak takut pun boleh jadi seram. sebab bunyinya itu buat orang berdebar-debar dan nak tau apa yang berlaku. Bak kata bos, SAM ni filem SAW versi Malaysia( tak pnah tgok sbb SAW macam kejam je)

ketidaklogikan filem ni adalah muka lisa cantik lagi walaupun dah kne sepak ngan tendang.


kalau nak ikutkan muka dah bengkak giler dah. iyalah, tak adil, saya jatuh tangga waktu form 4 dulu,    tak la sampai pengsan, tapi muka  macam kene sengat tebuan bengkaknya tambah lebam lagi sebab kepala terhentak.  tapi ni lagilah kne tendang banyak kali kat kepala dia sampai pengsan. itu bukan delusi Sam, memang dia buat pun. bukan apa,  cerita Asia selalu macam ni, nak jaga sangat muka actress biar cantik walaupun dah kne bom. kadang-kadang kne realistik kalau nak nampak berkualiti. baru orang ada feeling tengok.


dan dalam cerita ini banyak sangat orang obses dengan Lisa. Tiga orang. taulah comel..he..he.. by the way, dia memang comel. ^__^



Satu benda yang nak sangat-sangat puji adalah lakonan Sam. Sam memang macam orang yang ada penyakit 
Dissociative identity disorder. Sebab dia berjaya mempengaruhi emosi penonton. Waktu dia jatuh cinta dia macam lelaki miang je.. haha.. waktu dia jahat, memang jahat, rasa macam nak tembak je. Tapi waktu dia  menangis minta tolong , rasa kesian giler. memang dia pelakon yang sangat-sangat baik. give him A+ for his fantastic acting.. ^_^


o.k, ni trailer dia


and poster dia


 





HARAPAN: JANGANLAH LEPAS NI PENERBIT-PENERBIT LAIN KELANG KABUT NAK BUAT FILEM PSIKO  SEBAB FILEM NI DAH PECAH PANGGUNG, SAMPAI NANTI ADA PLAK   GENRE  KOMEDI PSIKO NANTI... TOLONGLAH KELUARKAN IDEA YANG FRESH.  SEKIAN. =)


By the way , kak Lisa ajak tengok filem 29 febuari. filem 3D pertama malaysia. follow twitter dia, dia akaN gtaw kat wayang mana dia akan g tonton untuk promote. tapi dengan Suami dialah.. he..he...