ALKISAH DI VETERINA

10:20 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum, setelah tengok senarai check list, semua dah hampir selesai,



Kemas rumah
Rasa masakan
Makan lunch  
Kemaskini update Teaser  
bawak Momoe ke veterina 



Dalam banyak2 ni mana yng menarik nak dikongsi???? hmm....   hmm.... hmm... rasanyer paling best adalah yang last sekali tu. 


 Sebenarnya tak tau nak letak tajuk  entry apa ni? nak letak Si pencinta haiwan,  urusan perancangan kehamilan haiwan atau sistem veterina yang Hampeh??

Niat di hati nak bawa si Momoe, berusia enam bulan, kucing yang tak tahu asal usulnya tapi dah enam bulan menjadi ahli keluaga  ni ke veterina untuk dapatkan ubat perancang kehamilan. sebab memandangkan dia telah mencapai tahap dara sunti, jadi perlulah bantu untuk merancang kehamilannya sebab dia tak tahu rancang sendiri.hahaha

bagi mengelakkan masalah pembuangan bayi seperti yang belaku baru-baru ni, Jadi kami sekeluarga nekad bagi yang betina pergi dapatkan ubat perancang berbanding si jantan di mandulkan. Tak baik putuskan zuriat dia sesuka hati. yang betina takpe, memandangkan dia cuma amik perancang. 

oleh itu, seawal 8 pagi, dah ke klinik haiwan (veterina) Kerajaan, tak pergi yang swasta,  sebab tak mampu .. =( 


Jadi inilah MOMOE







Sumbat dia dalam Kotak ni, Dan dia sangat tidak tenang, maybe rasa macam nak kena buang kot. Membebel je dia sepanjang perjalanan ke veterina.





Dan sesampai je disana,  ternampak wsesuatu yang mengecewakan... habis luluh semangat pepagi buta.





Dan semakin ramai orang datang dan rasa tertipu, sebab kat website and kad dia tak cakap pun hari rabu tutup. pelik betullah. dah la sampai kol 12 je. dari isnin sampai selasa. khamis sampai jumaat. kat dalam tu ramai je orang. Maybe bukan doktorla.tapi hari ni hari tuk appointment pemandulan. mesti ada doktor kan? 



tak kisahlah Momoe tak dapat rawatan tapi 

Ni kucing, nama dia Mila, milik orang yang datang veterina pagi tadi, dia beranak dan mengalami pendarahan yang selama 4 hari.  Jadi tuan dia berusaha untuk selamat kan dia supaya anak-anak dia nanti ada ibu.  tapi orang2 dalam veterina tu keep saying

" Kami tutup kak hari ni kak , kes emergency pun kami tak amik.  Akak datang esok jelah" kata salah seorang pertugas yang ada kat dalam tu. ( dalam tu ada ramai orang kehulu kehilir, tak faham plak)

eh, eh, eh, , kalau sakit, boleh plak tunda-tunda, terus rasa orang ni tak ada etika kedoktoran lah, terlalu ikut masa kerja. Tak ikhlas langsung. Walaupun kucing tu binatang, tapi kalau dah bekerja kat veterina tu, terima jelah tanggungjawab sebagai penyelamat haiwan. sakit hati je dengar "PAK CIK" tu cakap. dah lah cara cakap dia sangat  sinis.. =_=" 

                                                   



*  tadi ada pakcik pakai kameja,  pun risau pasal kucing dia... mesti dia seorang yang penyayangkan.. he..he..





Jadi itulah ceritanya , dan akhir sekali MOMOE tak dapat perancang kehamilannya. Lain kali jelah Momoe oi!!.. 


alrite, nak g UKM sudah, ada orang dari Konti ERA nak datang, xtaw siapa, but  just enjoy the show.. he..he..^_^

'