Senior Year
Minggu pertama Senior Year, hmm.. semuanya berjalan lancar, kecuali masih teragak-agak kelas dekat mana... haha.. dah tiga tahun naik turun Fakulti Sains Sosial dan kemanusiaan pun masih teragak-agak..Lecturer cakap, itu normal, itu namanya Sindrome bukak sem , dimana otak masih tak boleh terima hakikat yang dia harus proses data dan akan mengalami ketensionan tahap maksima. hahaha...
Pejam celik- pejam celik , dah tiga tahun dah kat UKM, (o.k, tipu , saya dah pernah datang UKM waktu sekolah, curi-curi naik rapid KL, tapi takut ditangkap sebab tak ada Kad matrik * yes, kitorang sangat SKEMA!!~) =P
Perasaan sem akhir ni sama macam perasan waktu saya tingkatan 5 dulu. Mula-mula, cepatlah habis belajar, dah bosan. Tapi bila dah akhir-akhir macam ni, rasa nak join jer semua aktiviti yang ada sebab lepas ni mesti dah tak jumpa each other dah .
Sem ni saya akan berdepan dengan software lagi, mula-mula agak tak suka sebab group saya dah tak join radio lagi, kami dah jadi wartawan berita. Tapi bila fikir balik, sampai bila nak cuba benda yang sama kan? lebih-lebih lagi bila jumpa balik pensyarah lama, saya rasa macam tahun satu balik.hahaha
Dan yang paling best , bila Encik Hashim kata
" kita belajar adobe illustrator and photoshope"
Sofware sangat benci saya sebab tuu saya tak pandai2.. hahaha... Saya dah tau edit video, audio, berkat hasil ajaran abang-abang and pakcik kat Studio.. haha... Diorang kata diorang benci tengok muka saya sebab selalu sangat ada kat studio dan tanya soalan terus menerus. Tak apa, satu sem je lagi, pasni mesti rindu. percayalah. sebab dah tak ada orang nak jerit:
"abang li, abang yusof, Encik Mi, saya rasa saya dah salah tekan, macam mana ni, tak faham kenapa jadi macam ni? ! " hahaha..
Lepas ni nak belajar edit gambar pulak. saya tak amik photography...macam mana nak jadi photography journalist??? T_T Jadi masa ini lah nak nyendeng2 dengan orang kuat photography kat sidang redaksi kan?
Semuanya semakin teratur, Terima kasih kat Kak Jee... sebab Kak Jee sangat jaga kitorang, rasanyer saya tak ada masalah dengan masa Thesis dan Subjek. Sebab Kak Je sangat baik jadi demi jaga tanda hormat, saya akan capai tahap yang dia nak. sekurang-kurangnya saya nak cuba sebaik yang saya boleh.
Tahun ni jugak buat dokumentari...gabung dengan budak IM, Group dipilih pensyarah, saya akan dapat team baru , saya akan bekerjasama dengan muka-muka baru. Sangat seronok. Katanya nak bagi kitorang buat dokumentari pasal Tokoh . hmmm..... saya berbangga dapat join golongan pemberi maklumat ni.. hahaha...
Nasihata atau AMARAN yang paling epic adalah
" kawan kau dah kawen, ko jangan nak ikut dia plak"
hahahha...
Jangan risau lecture, saya nak kerja dululah. Lagipun banyak lagi yang tak selesai. Yang ni baru permulaan.
Let meet him in journey towards my dream.
If this is dinner, this is the appetizer,
If this is a program, then Its just loading,
If this a book, this is the front cover,
If this a play, this is just the pro log,
If this live, then we ain't stop, cause the journey have only just begun...
Dan saya masih ada setengah tahun untuk dihabiskan dengan kawan-kawan Universiti sebelum bersedia untuk mengucapkan Selamat tinggal.. ^_^