Pandai dengan PakCIk YOUTUBE

9:30 PM 0 Comments A+ a-

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Selamat Hari Malaysia. walaupun dah terlambat ucap tapi masih boleh ucapan kan??

Entry kali ni nak cerita pasal  pakcik Youtube, anda kenal tak siapa pakcik Youtube? Muka dia macam ni,


 

first name:You 
last name: tube
(maklumat lain tak dapat dikenalpasti)



Entry ni bukan berniat nak kutuk pakcik ni, tapi sebenarnya nak bagitau yang sebenarnya kita boleh tambah ilmu dengan pakcik ni.  tapi dengan satu syarat, tanyalah pak cik soalan yang betul. kalau tak memanglah dapat yang tak sepatutnya, sebab pak cik ni jujur dan lurus serta polos.

apa je yang pakcik Youtube tak boleh ajar kita? Dia boleh ajar kita hampir semua perkara. Untuk seseorang yang menghidapi dyslexia , jadi saya tak boleh terima maklumat dari membaca,  dan saya lebih faham jika di visual kan.oleh itu, saya selalu menggunakan Youtube untuk memahami sesuatu maklumat. Sebab ni la saya  selalu bagi jawapan yang tak menepati skema jawapan. hahaha... XD

so basically, macam ni Disleksia... tengok, Pakcik Youtube boleh jadi pakar psychology,





2) O.klah, Selain daripada menerangkan fakta, Pak cik youtube juga boleh terangkan tentang masakan, bagi sesiapa yang nak belajar memasak dengan chef terkenal, tanya saja dekat pakcik Youtube. Contohnya Chef wan, Kalau kat TV tak boleh  pause kan? Dekat sini boleh. Ulang banyak kali pun tak apa, yang penting, mesti ada bantuan Encik Internet,




2) Jadi Cikgu bahasa! Pakcik Youtube juga pandai banyak bahasa. Type je ak bahasa apa. Kawan-kawan selalu suruh saya ajar mandarin, tapi saya belajar sampai darjah enam je, Jadi tak lah sepandai Pak cik Youtube.eh, kali ni Cikgu mengajar adalah Amoi.. Selamat belajar. 


p/s: anda boleh search bahasa lain jugak! ^_^




3) Pak cik Youtube boleh jadi cikgu tari. Untuk orang yang minat tarian macam saya bolehlah jadikan tarian sebagai senaman. Tak payah mahal-mahal pergi masuk kelas tarian kalau saje-saje suka-suka je menari. Dekat sini ada studio Tarian, nama dia marshmallow dance studio. Rasanyer mahal. sekolah dulu pernahlah berangan nak join. he..he,... o.k, ni contoh video belajar tarian. ada yang persendirian punya jugak. semua tarian ada, cha-cha, hip hop, etc, etc.....




4) untuk senaman yang betul2 senaman. Ini adalah Video yang sesuai untuk anda. ada banyak lagi. type je jenis work out yang anda mahu.. hahaha..




 5) untuk belajar make up. boleh pilih siapa yang anda mahu, kalau saya , saya suka make up ala-ala IU. sebab make up dia nampak natural sikit. Memandangkan saya tak suka conteng muka sangat. so, macam ni cara make up- (untuk perempuan sahaja) ... ( tapi tak penah ikut 100%, hahaha) 




5) Untuk yang muslimah pula, boleh jugak belajar buat tudung kat sini...Saya suka tengok dia ni punya sebab dia comel ( teruknya hahahha) , tapi actually its good for the beginners.   





 6) Selain itu juga, Pakcik Youtube juga boleh mengajar kita ilmu-ilmu keagamaan, Ustaz don pun kawan baik dengan Pak cik Youtube.  Ustaz dengan ustazah lain pun ada juga.  Tanya je pakcik Google.

 (Untuk orang yang sering dilabel jahil oleh mereka yang alim, kami suka cara ustaz don, bukan sebab dia muda ke, dia handsome ke , tapi cara dia mengajar mudah nak ikut and faham, sebab dia tak pernah buat orang rasa offended langsung Sebab Ustaz penjual ilmu, pembelinya adalah  orang mendengar, jadi Ustaz Don berjaya jadi penjual yang baik. Harap2 ada banyak ustaz macam dia.. Amin ^_^ )





O.k, ada banyak lagi sebenarnya, anda boleh tanya pakcik  Youtube sendiri, Cara lipat baju, potong ayam pun ada dalam youtube juga. hahahaha...



  Semua benda dalam dunia ni ada pro and cons.. kalau kita tumpu pada yang negatif, negatif la, kalau tumpu pada positif, maka positif la hidup anda.  hahaha... Jadilah orang yang kawal situasi. Saya tak suka bila orang suka menyalahkan itu, ini sedangkan yang mengawal hidup dia, diri dia sendiri.  Perkara negatif tak akan memberi kesan kepada anda jika anda tak benarkan.



Oleh itu, jangan Berprasangka buruk pada Pak cik Youtube. Dia bagi banyak sumbangan kepada kita. dan kalau nak salah, salahkan jari anda. siapa suruh taip benda salah. he..he.. O.k, the end of kisah pakcik Youtube.


Credit: mereka yang upload semua ni kat youtube. MUCHOS GRACIAS!! (xtaw ejaannya betul ke tak.. haha)